Menurut Nio, crossover tersebut mempunyai hanya 0.23 pekali seretan yang menjadikannya SUV paling aerodinamik pernah dihasilkan.

Perkara yang menjadikan EC7 sebagai SUV paling aerodinamik ialah rekaan garis bumbung landai bersama spoiler boleh diaktifkan untuk membantu potongan angin semasa dipandu.
EC7 memilik dimensi dengan panjang 4,968 mm, lebar 1,974 mm, tinggi 1,714 mm bersama jarak roda 2,960 mm yang menjadikannya SUV coupe bersaiz sederhana jenama tersebut.

EC7 didatang kan dengan 3 varian pilihan pek bateri dengan kapasiti 75 kWj, 100 kWj dan 150 kWj dipadankan dengan 2 motor elektrik menghasilkan sehingga 644 HP dan 850 Nm.
Manakala jarak gerak model tersebut adalah antara 490 km dan 940 km, bergantung pada pilihan varian. Antara ciri yang ada pada EC7 ialah:
- Lampu hadapan dengan sistem ADB multi-beam
- Papan pemuka digital panoramik dengan sistem AI Nomi
- Sistem audio 23 pembesar suara dengan sistem bunyi panaromik Dolby Atmos
- Skrin infotainment 12.8 inci AMOLED
- Sistem kawalan iklim dengan 3 zon
- Pemanas tempat duduk depan dan belakang
- Bumbung kaca panaromik diperbuat dari lapisan penebat haba dan bunyi

Untuk pasaran China harga bagi EC7 bermula dari CNY488,000 (RM311,605) hingga CNY546,000 (RM348,640).
Sumber: motor1.com