NIO China cabar Tesla Model X

oleh HEZERI SAMSURI|
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Tesla Model X mungkin ialah SUV elektrik yang paling popular dan cantik.

Kerana itulah syarikat NIO dari China hadir untuk memberi cabaran.

Dengan bantuan subsidi dari pihak kerajaan China yang mahukan penghasilan EV untuk kegunaan negara, syarikat NIO melancarkan model ES8 ini dengan harga ¥448,000 atau RM278,000.

Mahal tetapi ia separuh dari harga Tesla Model X yang dijual di China dengan harga ¥836,000 atau RM519,000.

Pemilik syarikat NIO, William Li percaya amat sukar untuk memberi impak kepada jualan Tesla selepas NIO melancarkan produk mereka.

 

 

"Mungkin jualan mereka (Tesla) akan turun, atau mungkin tidak kerana pasaran EV semakin meningkat," ujar Li.

NIO ES8 ialah sebuah SUV dengan tujuh tempat duduk, mampu memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa 4.4 saat dan mempunyai radar pengesan dan sistem kamera untuk membantu pemanduan autonomous.

Paling menarik, ES8 ini cuma memerlukan tiga minit untuk dicaj, menggunakan stesen caj NIO. Bunyi terlalu gempak dan Careta akan menyiasat lagi.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dimensi Ferrari Purosangue membawakan ukuran sepanjang 4,973 mm, lebar 2,028 mm, tinggi 1,589 mm…
Berita Global
Ya, ia SUV sama yang anda lihat pada artikel yang kami telah muat naik beberapa hari lepas, di mana…
Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…