Tetapi baru-baru ini, syarikat tersebut rasmi mendedahkan rupa sebenar hypercar Nilu27 ini yang kebanyakkannya tahu bahawa reka bentuknya direka oleh Sasha Selipanov.
Untuk makluman, Sasha Selipanov merupakan bekas pereka bentuk dari syarikat hypercar terkemuka juga, iaitu Bugatti dan Koenigsegg.
Kini dengan pengalaman yang beliau ada, ia menghasilkan sebuah ‘masterpiece’ terbaharu bagi segmen hypercar yang bakal menjadi persaing kepada kedua-dua bekas majikannya.
Walaupun pernah bekerja dengan syarikat hypercar terhebat dunia, namun Nilu27 ini dihasilkan dengan reka bentuk yang terlalu jauh berbeza dan nampak lebih unik dengan form yang organik.
Mungkin jika dilihat pada Bugatti dan Koegnisegg, ia nampak sebuah kereta yang sememangnya membawa ciri kemewahan dan kelajuan serta prestasi.
Tetapi untuk Nilu27, ia boleh digambarkan seperti sebuah hypercar futuristik dengan bahagian enjin dibelakang yang terdedah, form reka bentuk berseni dan dalaman yang unik.
Jika dilihat dari bahagian hadapan dan sisi, ia sememangnya membawa ‘flow design’ itu seperti kapal ‘alien’ tambahan pula lampu hadapan yang halus berciri ‘low profile’ menampakkan lagi ciri-ciri futuristik itu.
Namun, pada bahagian belakang, nampak lebih agresif dan radical, dimana unit suspension, enjin agak terdedah tambahan ia hanya mempunyai rear spoiler yang diapit dengan dua lampu belakang dan lower diffuser yang lebar untuk prestasi aerodinamik.
Pada ruangan kabin dalaman, ia tampil dengan dengan tona warna ‘gradient’ pada tempat duduk yang mengabungkan warna merah pada bahagian bawah dan hitam pada bahagian atas.
Selain itu, untuk ruangan pemandu juga, Nilu27 hanya menampilkan klustermeter jenis takometer yang lebih ringkas dengan hanya memaparkan kelajuan, RPM, suhu dan tekanan enjin serta indicator bahan api.
Tambahan itu juga, stering juga dibaluti dengan lapisan jenis kulit berjahitan merah serta tali pinggan keselamatan jenis lima pin.
Nilu27 menampilkan jenis pintu gullwing yang menutup chassis monocoque “forged carbon” hypercar tersebut untuk menambahkan lagi ciri-ciri unik serta estetik.
Untuk trenkuasa, Nilu27 menggunakan enjin naturally-aspirated 6.5 liter V12 yang memacu roda belakang dan ia dibangunkan dari syarikat yang bertapak di New Zealand iaitu Hartley Engines.
Dari segi prestasi, ia mampu memberi kuasa output maksimum sehingga 1070hp pada 11,000 rpm dan daya kilas tork 561Nm pada 6,500rpm.
Ia dipadankan dengan transmisi manual gated tujuh kelajuan yang mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam tiga saat serta mencapai kelajuan maksimum pada pada 400km/j.
Menurut beberapa sumber, ketika ini ia hanya dihasilkan sebanyak 15 unit untuk kegunaan trek, dan seterusnya akan dibuat lebih dari 50 unit untuk versi jalanan.