Nilai saham susut, Nissan kini di belakang Subaru

oleh Mohamad Hanif|
Kedudukan Nissan kini berada di dalam posisi yang tidak selamat apabila nilai pasarannya jatuh 9.6 peratus, tahap paling rendah dalam tempoh sedekad.

Harga pasaran Nissan menjunam selepas pengeluar tersebut mengumumkan pengurangan sasaran tahun penuh serta tidak memberikan dividen akhir tahun, menyebabkan syarikat itu kini mempunyai modal pasaran berjumlah 2.17 trillion yen (RM8.98 billion). 

Laporan daripada Bloomberg sebelum ini menyebut Nissan kini berada di tempat kelima di kalangan pengeluar Jepun di belakang Subaru, Suzuki, Honda dan Toyota.

Semenjak awal tahun, saham Nissan menjunam sebanyak 19 peratus selepas mengalami penurunan sebanyak 28 peratus pada tahun 2019 dan 22 peratus pada tahun 2018.

 


Nissan yang pada ketika ini sedang bergelut dengan isu yang melanda bekas pengerusinya Carlos Ghosn itu turut mengalami penurunan jualan yang ketara di pasaran-pasaran utama dunia seperti Amerika, Jepun dan Eropah. 

Dengan memotong pembayaran dividen dan merancang untuk membuang kira-kira 12,500 orang pekerja di seluruh dunia, Nissan mahu menumpukan pelaburan terhadap teknologi baharu untuk kekal kompetitif seperti EV dan pemanduan autonomi. 

Menurut Makoto Uchida, CEO Nissan berkata, "malangnya prestasi perniagaan kami merudum teruk daripada apa yang kami jangkakan, jadi kami terpaksa melakukan apa yang termampu.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ini bermakna, jaminan sedia ada tidak akan terbatal walaupun perkhidmatan servis berkala tidak…
Berita Global
  Bentangan tersebut adalah refleksi kepada bahasa reka bentuk baharu Nissan iaitu Timeless…
Informasi
Honda - Bermula dengan kedai talaan kereta lumba Dalam tahun 1937, Soichiro Honda membuka syarikat…