Nilai matawang Baht meningkat, Mazda pindah produksi CX-3 ke Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu laporan terkini yang diterbitkan oleh Nikkei Asian Review, Mazda Motor Corp dikatakan akan memindahkan pengeluaran SUV CX-3 dari Thailand ke Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tindakan tersebut dibuat setelah melihat nilai matawang Baht yang semakin mengukuh berbanding matawang asing utama yang lain. 

Ini bermakna, pemasangan SUV CX-3 akan dipindahkan ke kilang Mazda yang terletak di Yamaguchi, barat daya Jepun tahun ini, di mana Mazda CX-3 merupakan produk eksport utama Thailand. 

Kilang Mazda di Thailand memiliki keupayaan kapasiti penghasilan 135,000 kenderaan setahun di mana CX-3 merangkumi 25,000 daripada jumlah keseluruhan yang dinyatakan tadi. 

Nilai Baht yang semakin meningkat berbanding nilai dollar tahun lalu memberikan kesan yang ketara kepada ekonomi berorientasikan eksport di Thailand. 

Namun, keputusan Mazda dilihat sebagai satu langkah yang tergesa-gesa untuk mengubah strategi melindungi diri akibat kenaikan nilai matawang Baht.

Bank-bank di Thailand terus menjangkakan nilai Baht akan terus meningkat, sekaligus memberikan kebimbangan lebih banyak pengeluar akan mengikuti jejak langkah Mazda. 

Mazda sebelum ini telah mencatatkan pengurangan keuntungan operasi sebanyak AS$343 juta (RM1.4 bilion) dalam tempoh April hingga September.  

Sumber: Nikkei Asian Review