Nikmati kadar faedah rendah dengan Triton baharu sempena CNY 2020!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan kadar faedah rendah 0.88 peratus untuk pembeli model trak pikap Triton yang terpilih.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kadar faedah rendah 0.88 peratus ini boleh didapati menerusi Maybank atau Public Bank sahaja dan terhad sehingga akhir Januari 2020.

Varian Triton yang sah untuk promosi ini termasuklah Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium dan Triton MT Premium. 

Manakala varian Triton yang lain seperti Triton Knight, Triton VGT AT, Triton VGT MT dan Triton Quest layak mendapat rebat tunai sehingga RM8,000 tertakluk kepada terma dan syarat. 
 


Khusus buat para pemilik Mitsubishi dan juga pemilik trak pikap yang membeli varian Triton yang terpilih, anda boleh mendapatkan rebat tambahan sehingga RM3,000 dan RM2,000 (pemilik trak pikap) ke atas promosi sedia ada. 

Tahun 2019 mencatatkan pertumbuhan positif di mana trak Triton merupakan satu-satunya jenama di dalam segmen tersebut yang mencatatkan 2.4 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2018. 
 


Selain daripada trak pikap Triton, Mitsubishi Malaysia turut menawarkan promosi kepada model-model lain seperti: 

  • Outlander 2.0 - rebat RM4,000 + Pakej Penyelenggaraan 2 Tahun Percuma
  • Outlander 2.4 - rebat RM2,000 + Pakej Penyelenggaraan 2 Tahun Percuma
  • ASX 4WD - rebat RM12,000
  • ASX 2WD - rebat RM8,000

Kedua-dua model Mitsubishi Outlander dan Mitsubishi ASX didatangkan dengan jaminan dari pengeluar selama lima tahun dengan jarak perbatuan tidak terhad. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk setiap pembelian dua versi model Triton ini, pembeli akan menerima duit raya bernilai RM2,000…
Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Promosi tersebut menawarkan pelanggan Goodyear untuk menerima pulangan kredit e-wallet Touch ’n GO…