Nike telah memperkenalkan kasut terbaharu mereka yang digelar Air Jordan 1 Moto dan ia merupakan penawaran terkini kepada siri kasut popular Air Jordan 1 yang merujuk kepada pasukan Michael Jordan Motorsports yang diwujudkan pada tahun 2004.
Rekaan Air Jordan 1 Moto ini dimulakan dengan bahagian atas yang diinspirasikan daripada jaket kulit para penunggang motosikal, seperti yang anda lihat pada bahagian straps, dan rekaan beralun pada pergelangan kaki.
Memberikan keselesaan yang lebih kepada penunggang, Air Jordan 1 Moto ini hadir dengan penggunaan lapisan bahan berbusa (foam) ultra ringan dengan unit Air-Sole yang memberikan perlindungan yang responsif disamping mengurangkan beban kepada kaki penunggang.
Manakala bahagian tapak kasut pula memberikan kadar cengkaman kepada tanah yang optimum , terima kasih kepada pengunaan bahan getah dengan rekaan corak tapak yang agresif.
Nike Air Jordan 1 Moto didatangkan dengan penawaran warna gandingan utama hitam, dan diselangi dengan warna Gym Red pada bahagian tali jenis thermoplastic polyurethane (TPU).
Kasut Nike Air Jordan 1 Moto yang direka khas untuk penunggang motosikal ini boleh didapati di laman web rasmi Nike dengan harga jualan bermula dari RM735 sahaja.
Saiz tersedia: UK 7 - UK 12
Warna: Black/Red Gym