Nicky Hayden meninggal dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penunggang Kejuaraan Superbike Dunia dan Juara Dunia MotoGP 2006, Nicky Hayden akhirnya meninggal dunia lima hari selepas insiden beliau dilanggar kereta ketika berbasikal di Rimini, Itali.

Juara berusia 35 tahun yang berasal dari Kentucky, Amerika Syarikat itu sedang mengayuh basikal di pesisir pantai di Rimini pada hari Rabu minggu lalu bila sebuah kereta melanggar basikal Hayden.

Car crashed into hayden

Kecederaan Hayden dikatakan serius dan melibatkan bahagian kepala dan dada.

Penunggang Red Bull Honda itu dilaporkan menerima rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital Muarizio Bufalini di Cesena.

Nicholas Patrick Hayden atau Nicky Hayden sedang menjalani sesi latihan di Italy selepas mendapat tempat ke-12 di perlumbaan Kejuaraan Superbike Dunia di Imola.

Valentino Rossi yang melawat Hayden minggu lalu berkata Hayden ialah antara rakan terbaik beliau di paddock perlumbaan.

basikal Hayden