Ni Hsin Group lancar TAILG EBIXON BOLD, TORQ, jarak gerak hingga 200 km, harga dari RM9,000

oleh Mohamad Hanif|
Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd, anak penuh syarikat Ni Hsin Group Berhad baharu sahaja melancarkan dua buah model motosikal berkuasa elektrik TAILG EBIXON.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

TAILG EBIXON BOLD dikategorikan untuk kegunaan peribadi, manakala TAILG EBIXON TORQ pula dikhususkan untuk kegunaan komersial, di mana kedua-dua model ini dipasang di kilang Seri Kembangan, Selangor.

Ni Hsin menyasarkan penjualan sebanyak 15,000 unit TAILG EBIXON untuk tempoh tiga tahun akan datang meliputi rantau Asia Pasifik.

Bersempena dengan pelancaran dua buah model baharu ini, NI Hsin turut menandatangani Memorandum Perjanjian dengan beberapa agensi seperti MIMOS Berhad, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), HAI-O Enterprise Bhd dan PT Winn Pratama Indonesia untuk mempromosikan, memasarkan dan mengedarkan motosikal elektrik di rantau ini.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi kedua-dua buah skuter elektrik yang dilancarkan:
 

TAILG EBIXON BOLD (RM9,000)

bold



Motor elektrik 1.5 kW (2.01 hp), 35 Nm
Pek bateri lithium 22 AH x 2, boleh ditukar ganti
Tempoh pengecasan 2-8 jam
Jarak gerak 120 km
Kelajuan maksimum 70 km/j
Suspensi depan teleskopik
Penyerap hentak gegelung di belakang
Sistem brek cakera depan dan belakang
Rim depan 13 inci, rim belakang 12 inci
Paparan kluster digital
Slot pengecasan USB
Sistem pencahayaan LED
 

TAILG EBIXON TORQ (RM14,888)

torq


Motor elektrik 5 kW (6.7 hp), 74 Nm
Pek bateri lithium 50 AH x 2, boleh ditukar ganti
Tempoh pengecasan 2-8 jam
Jarak gerak 200 km
Kelajuan maksimum 90 km/j
Suspensi depan teleskopik
Penyerap hentak gegelung di belakang
Rim 12 inci depan dan belakang
Sistem brek cakera depan dan belakang
Paparan kluster digital
Slot pengecasan USB
Sistem pencahayaan LED
Fungsi gear undur