NHTSA Buka Siasatan Terhadap Sistem Pelepas Pintu Kecemasan Tesla Model 3

oleh Qalif Latif|
National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) secara rasmi membuka satu siasatan keselamatan terhadap mekanisme emergency door release pada Tesla Model 3, susulan laporan bahawa sistem pelepas pintu manual sukar diakses ketika kecemasan, termasuk dalam beberapa kes kemalangan maut.

Siasatan ini dibuat melalui satu defect petition yang memfokuskan kepada dakwaan bahawa pelepas pintu mekanikal tersembunyi, tidak dilabel dengan jelas, dan tidak intuitif untuk digunakan dalam situasi kecemasan sebenar.

Skop Siasatan & Model Terlibat

Menurut dokumen rasmi daripada Office of Defects Investigation (ODI), siasatan ini melibatkan kira-kira 179,071 unit Tesla Model 3 tahun model 2022. Isu utama yang dinilai ialah kebolehcapaian sistem pelepas pintu kecemasan apabila kenderaan mengalami kehilangan kuasa elektrik sepenuhnya, seperti selepas kemalangan serius.

Tesla Model 3

 

Dalam keadaan normal, pintu Tesla dibuka menggunakan sistem elektronik yang bergantung kepada bekalan kuasa. Namun, apabila berlaku kegagalan kuasa, pengguna atau penyelamat perlu menggunakan pelepas mekanikal sebagai jalan keluar kecemasan.

Aduan: Sukar Dikesan Dalam Situasi Cemas

Petisyen yang mencetuskan siasatan ini menyatakan bahawa pelepas pintu mekanikal Tesla Model 3 adalah “tersembunyi, tidak berlabel, dan tidak mudah dikenal pasti dalam keadaan kecemasan”. Beberapa laporan media mendakwa mangsa atau pasukan penyelamat menghadapi kesukaran membuka pintu untuk mengeluarkan penumpang selepas kemalangan.

NHTSA menyenaraikan subjek siasatan sebagai: “Emergency egress controls are not readily accessible and clearly identifiable.”

Tesla Model 3

 

Fasa Siasatan Masih Awal

Buat masa ini, siasatan masih berada dalam fasa Defect Petition, di mana NHTSA akan menilai semua aduan pengguna, data kemalangan, serta reka bentuk sistem pintu Tesla sebelum memutuskan sama ada siasatan penuh perlu dibuka atau sebaliknya.

Setakat ini, tiada penarikan semula (recall) diumumkan, dan tiada kecederaan rasmi dikaitkan secara langsung dalam petisyen ini menurut ringkasan ODI.

Laporan Media & Tekanan Tambahan

Walaupun siasatan NHTSA masih di peringkat awal, laporan berasingan oleh Bloomberg dan akhbar Post telah mengaitkan beberapa kemalangan maut dengan reka bentuk pintu Tesla yang didakwa menyukarkan proses keluar kenderaan selepas pelanggaran.

Isu ini berpotensi meningkatkan tekanan terhadap Tesla untuk menilai semula reka bentuk pelepas pintu kecemasan mereka, termasuk kemungkinan penambahbaikan dari segi pelabelan, kebolehcapaian, atau perubahan reka bentuk fizikal.

Kredit sumber:
Reuters
Electrek


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan awal yang didedahkan, inflator airbag berkenaan dipercayai telah dipasang secara…
Berita Global
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa dilaporkan terkunci di luar selepas keluar dari kereta dan tidak…
Berita Global
Menurut laporan, sebanyak 3,012 kes telah direkodkan termasuk tujuh insiden melibatkan kemalangan…