NHTSA bakal laksana ujian keselamatan melibatkan sistem nircermin

oleh Mohamad Hanif|
Lexus tahun lalu telah melancarkan model ES untuk pasaran Jepun yang dilengkapi dengan ciri kamera sisi bagi menggantikan peranan cermin sisi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah tersebut kemudian diikuti oleh Audi menerusi model e-tron yang turut menggunakan teknologi yang serupa, dan yang terbaharu hatchback elektrik dari Honda, iaitu Honda e. 

Walaupun teknologi ini sudah pun dibenarkan di negara-negara Eropah, ia masih lagi belum boleh digunakan bagi negara besar seperti Amerika Syarikat. 

Ini kerana, menurut badan berwajib National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), mereka kini sedang berkira-kira untuk mengkaji penggunaan kamera bagi menggantikan cermin tradisional pada kenderaan baharu di sana. 

 


Ujian yang dijalankan bakal merangkumi kelakuan pemanduan serta penukaran laluan yang dibuat dengan hanya menggunakan bantuan kamera sisi serta perbandingan dengan pemanduan yang dilakukan dengan bantuan cermin fizikal. 

Sebelum ini, pada Mac 2014, persekutuan pengeluar automotif yang terdiri daripada General Motors, Volkswagen Group, Toyota dan juga termasuklah Tesla telah menghantar petisyen kepada NHTSA untuk membenarkan penggunaan sistem berasaskan kamera. 

Petisyen yang sama turut dihantar oleh Daimler pada tahun berikutnya untuk digunakan pada trak tugasan berat. 

Namun, menurut laporan yang dikeluarkan oleh NHTSA tahun lalu, pihak tersebut masih lagi mengkaji isu yang dibangkitkan. 

Sistem nircermin (mirrorless system) merupakan salah satu contoh di mana kemajuan teknologi automotif kini mendahului bidang kuasa perundangan, menurut jurucakap Audi Amerika, Mark Dahncke.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumuman tersebut dibuat bertujuan untuk mengemaskini perisian Autopilot untuk model kenderaan…
Berita Global
Ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh 142,150 trak pikap jenama Ram di Amerika Syarikat,…
Berita Global
Dalam laporan terbaharu daripada Reuters, agensi National Highway Traffic Safety Administration (…