NEXTStep: BMW Group Malaysia serah 90 kerusi kanak-kanak bersubsidi penuh kepada keluarga B40

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°, BMW Group Malaysia telah menyerahkan sejumlah 90 buah kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi sepenuhnya kepada keluarga B40 di Malaysia meneursi program Subsidi NEXTStep.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam majilis yang sama, para penerima telah diberikan tunjuk ajar mengenai cara pemasangan dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak oleh sekumpulan pengajar keselamatan penumpang kanak-kanak (COSI) daripada Safe 'n Sound.
 

NEXTStep


Program NEXTStep bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada kepentingan keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak dengan memberikan akses yang lebih berpatutan bagi isi rumah berpendapatan rendah.

Menerusi program subsidi NEXTStep ini, setiap isi rumah dengan pendapatan bawah RM3,500 layak untuk memohon, terutama bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata, serta keluarga yang memiliki anak dengan berat 36 kg ke bawah.
 

NEXTStep


Lebih daripada 900 pendaftaran telah diterima sepanjang tempoh permohonan dibuka, membuktikan betapa pentingnya keperluan akses ke atas kerusi keselamatan kanak-kanak untuk keluarga berpendapatan rendah.

Kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh yang dibekalkan kepada para keluarga ini meliputi model-model seperti snskidz Ace (Infant Carrier),  snskidz sport (Convertible Seat), snskidz Whizz (ISOFIX Seat), snskidz Proto (Combination Booster) dan mifold (Booster Seat), yang masing-masing lazimnya disediakan pada harga runcit bernilai RM 199, RM279, RM 499, RM 399, dan RM199.
 

BMW


BMW Group Malaysia memulakan Program subsidi yang pertama melalui inisiatif BMW Safety 360° pada 2019 yang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih 25,000 pendaftaran. Sehingga kini, lebih 400 keluarga telah menerima kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi, termasuk penerima Program Subsidi NEXTStep.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sambutan memberangsangkan yang kami telah terima untuk program subsidi ini menonjolkan keperluan segera untuk meluaskan akses ke atas kerusi keselamatan kanak-kanak buat warga umum, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
 

BMW


"Kami berhasrat untuk terus memperjuangkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kalangan keluarga di Malaysia, sambil meningkatkan kesedaran serta menggalakkan ibu bapa untuk mengambil langkah dalam menjamin tahap keselamatan yang tertinggi buat anak-anak mereka semasa memandu.”

Matthias Schlesiger, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia turut menyatakan, “Kami berbesar hati kerana dapat menyokong Program Subsidi NEXTStep menggunakan dana yang kami telah kumpul melalui salah satu inisiatif kami.

"Bagi setiap kontrak pembiayaan yang ditandatangani untuk kenderaan berelektrik BMW atau MINI, RM100 telah dikumpul lalu disalurkan kepada usaha yang dekat dengan hati kami ini. Berlatarkan detik yang mencabar, kami ingin membantu meringankan beban keluarga yang sedang bergelut, terutamanya ibu bapa baharu, agar keselamatan anak-anak mereka dapat dipelihara dari hari pertama.”

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…