New Zealand perkenal polisi untuk jadikan kenderaan elektrik lebih mampu milik

oleh HEZERI SAMSURI|
Selepas Indonesia, New Zealand nampaknya bakal perkenalkan polisi-polisi yang mensasarkan kenderaan elektrik dan kenderaan jimat tenaga untuk menjadi lebih mampu milik.

Rebat yang akan diperkenalkan ini bukan sahaja termaktub untuk kenderaan baharu, tetapi kenderaan EV terpakai yang diimport masuk dari luar negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polisi Clean Car Discount ini memberikan diskaun sehingga US$7,600 untuk kereta elektrik baharu dan sehingga US$2,470 untuk kenderaan elektrik terpakai yang diimport.

Objektif utama ialah untuk menggalakkan pengimport kenderaan untuk membawa masuk lebih banyak kenderaan yang cekap tenaga dan lebih bersih ke New Zealand.

Cukai tambahan juga akan dikenakan kepada kenderaan yang menghasilkan pencemaran tinggi. Ini akan menaikan harga kenderaan tersebut sehingga US$2,850.

New Zealand mempunyai lebih kurang 15,000 buah kenderaan elektrik (sehingga Jun 2019) dan penjualan kenderaan genre itu semakin meningkat, walaupun perlahan.

*Laporan asal dari The Driven

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut kenyataan dari Balai Polis Chalong, Hamish Day, 36, dan Oscar Day, 38, didakwa menunggang…
Berita Global
Menurut laporan Newshub, Hipkins berkata Allan terlibat dalam kemalangan kereta di Evans Bay Parade…
Berita Global
Unit hartanah yang terletak di 22 Dungloe Avenue, Flat Bush, Auckland itu mempunyai kemudahan…