Bayaran tol adalah sebanyak AS$9, dengan beberapa pengecualian diberikan kepada pemandu berpendapatan rendah.
Zon kesesakan itu meliputi kawasan selatan Manhattan sehingga ke 60th Street.
Langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan trafik dan pencemaran di New York, manakala hasil kutipan akan disalurkan kepada pengangkutan awam dan projek infrastruktur.
Caj kesesakan itu pada asalnya dirancang untuk diperkenalkan pada pertengahan tahun lepas dengan kadar AS$15, namun ia ditangguhkan oleh Gabenor New York Kathy Hochul susulan bantahan dan tuntutan mahkamah daripada ahli politik, pemandu teksi dan penduduk.
Negeri jiran, New Jersey, turut menyuarakan kebimbangan manakala Presiden AS yang dipilih, Donald Trump turut mengkritik rancangan itu.