New York bakal laksana caj kesesakan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nun jauh di negara Uncle Sam, Bandar New York kini sedang bersiap sedia untuk mengenakan caj kesesakan kepada kenderaan yang memasuki bandar metropolitan tersebut. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The New York Times, kesemua kenderaan yang memasuki bandar tersebut bakal dikenakan caj kesesakan - yang masih tidak ditetapkan kadar harganya. 

Tambah laporan itu lagi, 80 peratus daripada caj kesesakan yang dikenakan akan disalurkan kepada pembangunan dan penyelenggaraan pengangkutan awam seperti bas dan subway, manakala 10 peratus lagi akan diperuntukkan kepada Laluan Keretapi Long Island dan Laluan Metro-North. 

New York bakal menjadi bandar perintis di US dalam usaha untuk melaksanakan caj kesesakan, dan langkah tersebut bakal diikuti oleh Los Angeles, San Francisco, dan Seattle. 
 

papan tanda caj kesesakan di London

 
Hal ini dilihat memandangkan langkah serupa yang diambil oleh bandar-bandar besar seperti London, Stockholm dan Singapura berjaya mengawal kadar kesesakan. 

Isu ini pernah dibentangkan oleh Datuk Bandar New York sebelum ini, Michael R. Bloomberg namun ianya tidak pernah direalisasikan. 

Caj kesesakan ini bukan sahaja bertujuan untuk mengurangkan emisi daripada kenderaan yang memasuki bandar, malah ia juga bertindak sebagai salah satu cara kerajaan tempatan untuk mengutip pendapatan tambahan. 

Ia juga diharap dapat menggalakkan lagi rakyat tempatan untuk terus menggunakan mod pengangkutan alternatif seperti berbasikal dan pengangkutan awam.

Sumber: The New York Times 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut The Post, kontroversi yang diperkatakan adalah kebimbangan tol tersebut akan memasuki…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Global
  Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di lokasi yang sama dalam tempoh sembilan bulan, kata…