New Hampshire - negeri US pertama benarkan operasi kereta terbang atas jalan raya biasa!

oleh Mohamad Hanif|
New Hampshire baru-baru ini telah meluluskan undang-undang yang membenarkan kereta terbang untuk dipandu di jalan umum, menjadikannya negeri pertama di Amerika Syarikat yang membuat langkah tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikenali sebagai "Undang-undang Jetson", peruntukan terbaharu ini dilakukan bagi membenarkan para pemilik ereta terbang untuk memandu dari lapangan terbang menujuk ke destinasi seterusnya.

Namun, ia masih tidak membenarkan kereta terbang untuk berlepas atau mendarat sesuka hati di atas jalan raya umum.

 


Menurut laporan daripada Fox News, undang-undang terbaharu itu memerlukan kereta terbang yang didaftarkan di bawah FAA untuk mempunyai nombor pendaftaran, namun tidak seharusnya mempunyai kelengkapan keselamatan yang sama seperti kereta penumpang ringan.

Malah, tambah laporan itu lagi sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengkaji penggunaan kereta terbang tersebut di atas jalan raya biasa.

 


Kebelakangan ini, boleh diperhatikan terdapat beberapa syarikat yang cuba memperkenalkan produk kereta terbang sendiri seperti Terrafugia Transition, Samson Switchblade dan PAL-V Liberty.

Ketiga-tiga contoh model diatas walaubagaimanapun masih lagi tidak kelihatan memasuki fasa produksi, ataupun kelibat diuji di jalan raya mahupun di landasan kapal terbang.

Sumber: Fox News