Neuron T.One - trak pikap elektrik yang versatil, dan ada gaya!

oleh Mohamad Hanif|
Lupakan imej Tesla Cybertruck yang tidak menyenangkan itu, kerana anda sebenarnya masih boleh memilih trak pikap elektrik yang memiliki rupa paras yang lebih menawan, dan paling penting tidak mengundang kata-kata orang sekeliling.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam diam, sebuah lagi syarikat kecil Neuron EV yang berpengkalan di California telah memperlihatkan secara rasmi dua model prototaip yang bakal mewarnai pasaran kenderaan elektrik pada masa akan datang. 

 


Salah sebuah daripadanya adalah trak pikap elektrik yang dibangunkan atas platform papan selaju iaitu T.One. 

Berdasarkan carian ringkas, hampir tiada langsung informasi berkenaan trak pikap ini, namun berdasarkan imej yang dibekalkan, trak pikap ini memiliki tahap versatiliti yang tersendiri selain membawakan imej yang lebih menarik berbanding Tesla Cybertruck. 

 


Neuron tidak menyatakan dengan teliti trenkuasa yang bakal memberikan tujahan kepada trak pikap ini, namun mereka menyifatkannya sebagai sistem propulsi berbilang punca dengan tenaga simpanan yang boleh digantikan. 

Casis papan selaju yang modular itu dilihat boleh ditranformasikan menjadi sebuah trak pikap kabin tunggal atau kabin berkembar dengan bed di belakang, atau sebuah van penumpang dengan susunan ruang dalaman berbilang konfigurasi.

 


Anda boleh memandu seperti biasa mengikut format pemanduan kiri/kanan, atau boleh juga memilih untuk mendapatkan ruang kokpit dengan stereng di bahagian tengah papan pemuka. 

Susunan kerusi penumpang juga boleh dipilih di mana Neuron menawarkan kerusi kapten untuk dua, tiga atau empat baris mengikut keperluan pembeli, atau sekadar memilih tempat duduk jenis bench

 


Rekaan papan pemuka pula amat ringkas, namun masih mampu menawarkan ruang dalaman yang luas dengan tambahan beberapa slot storan di bahagian kiri dan kanan. 

Selain daripada itu, Neuron juga turut akan mempamerkan trak semi TORQ pada acara Hongqiao Import Commercial Exhibition and Trading Centre pada bulan hadapan di China - pasaran terbesar EV di dunia. 

 

Neuron semi, TORQ