Netflix bakal hasilkan siri biopik Aryton Senna

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan penstriman berbayar Netflix dilaporkan sedang membangunkan siri biopik sebanyak lapan episod yang akan menceritakan kisah kehidupan dan karier lagenda Formula One, Aryton Senna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siri tersebut akan difilemkan oleh produser filem Brazil Fabiano Gullane di mana ia telah pun mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Senna itu sendiri.

Menurut adik kepada Aryton Senna, Viviane berkata, "ia menjadi satu penghormatan bagi kami untuk mengumumkan penceritaan kisah yang hanya diketahui oleh segelintir individu.

"Keluarga Senna sangat komited untuk menjadikan projek biopik ini sesuatu yang lebih unik, dan pemilihan Netflix amatlah bersesuaian untuk memastikan cerita ini sampai kepada peminatnya.

Menurut Fabiano, "Senna merupakan insan yang kita perlukan, seorang anak muda yang berjuang demi impian, dan menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha untuk mewakili Brazil. Senna ternyata menyatukan Brazil!"

 


Setakat ini, tidak dapat dipastikan pelakon mana yang akan ditugaskan untuk membawa watak Senna, namun siri ini akan difilemkan dalam bahasa Inggeris dan Portugis Brazil.

Malah, ia juga akan mempamerkan lokasi Sao Paulo, tempat di mana Senna membesar.

Siri biopik Aryton Senna dari Netflix ini akan ke udara pada tahun 2022.

Aryton Senna terkenal apabila memenangi kejuaraan British dan European Formula Ford 2000 pada tahun 1982 sebelum mara ke British Formula Three Championship.

Penampilan pertama beliau di dalam Formula 1 adalah pada tahun 1984 menerusi Toleman Motorsport Team sebelum menyertai Honda Malboro McLaren pada tahun 1988 dan menjuarainya buat kali pertama.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Laman web SoyaCincau menghubungi Netflix untuk bertanyakan kepada pengarah filem tersebut, Sam…