Neta X bakal dilancarkan - adakah bakal jadi SUV keluarga yang lengkap?

oleh Firdaus Razani|
Selepas melancarkan sebuah kenderaan elektrik (EV) mampu milik di Malaysia tahun lalu, iaitu Neta V, kini Neta mengembangkan lagi jenamanya di Malaysia dengan pengenalan model terbaharu iaitu Neta X.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Neta X merupakan sebuah SUV EV yang bakal bersaing dalam kelas pasaran tempatan segmen-B, dimana kini dalam persediaan untuk dilancarkan pada 25 Julai ini.

 

ev

 

Pada 4 Julai, penulis berpeluang merasai sendiri pengalaman dan memandu uji model terbaharu ini di sekitar Lembah Klang, dan berikut merupakan sedikit pengenalan mengenai model ini.

Menurut wakil dari Neta, untuk pasaran di Malaysia, Neta X ditawarkan dengan tiga pilihan varian iaitu, Neta X 400 Comfort, Luxury dan 500 Luxury.

 

ev

 

Ketiga-tiga varian membawa kepada ciri-ciri berbeza seperti kapasiti bateri, jarak gerak, dan ciri teknologi yang terdapat pada SUV ini.

Dari reka bentuk luaran, Neta X menampilkan reka bentuk SUV serba moden yang membawa karakter dinamik pada setiap sisi pandangan pada kenderaan.

Bagi penulis, gaya reka bentuk Neta X ini tidaklah ketinggalan, ia masih mengikut trend terkini dalam menghasilkan sebuah SUV untuk keluarga tidak kira dari luaran atau dalaman.

 

ev

 

Pada bahagian dalaman, apa yang mengkagumkan penulis adalah bukan ketika penulis duduk ditempat bahagian pemandu, tetapi duduk penumpang di bahagian belakang.

Bagi penulis yang mempunyai ketinggian 183cm ini, duduk di ruang belakang adalah satu perkara yang menyeksakan, tetapi bila berada di dalam Neta X ini, penulis berasa senang dengan ruangan kaki (leg room).

 

ev

 

Jadi untuk sebuah kereta keluarga, ia sudah mencapai satu ciri-ciri penting, iaitu ruang yang luas, terima kasih pada jarak antara roda sehingga 2,770mm.

 

ev

 

Tambahan itu, Neta X mempunyai kapasiti ruang but kereta sehingga 508 liter dan jika ia kerusi tempat duduk penumpang belakang dilipat, ia boleh mencapai sehingga 1,388 liter.

 

ev

 

Sebagai menambah ciri praktikaliti pada SUV EV ini, ia turut hadir dengan ciri Vehicle-To-Load (V2L) yang membenarkan penggunaan tenaga dari kereta kepada barangan lain untuk aktiviti luaran.

Selain itu, ciri yang jelas terdapat pada bahagian dalaman Neta X ini adalah, skrin paparan infotainmen bersaiz 15.6 inci yang mempunyai ciri pintar seperti bantuan suara Neta Ai.

Menurut Neta, ia melitupi  permukaan bahagian dalaman kenderaan itu sehingga 80 peratus dengan bahan sentuhan lembut (soft touch), jadi dengan sentuhan itu, ia berasa agak selesa.

 

ev

 

Bagi ciri-ciri keselamatan, ia menawarkan teknologi bantuan ADAS termasuk adaptive cruise control, lane-keeping assist, dan automated emergency braking, untuk pemanduan lebih selamat.

Secara keseluruhan, pengalaman pemanduan tidak dapat dirungkai sepenuhnya lagi ketika ini, kerana kesuntukan waktu ketika sesi pandu uji tersebut.

 

ev

 

Namun apa yang dapat penulis kongsikan, Neta X ini mempunyai ciri-ciri yang melengkapi untuk menjadi sebuah kenderaan keluarga, dengan reka bentuk moden, dan ruang dalaman yang luas dan praktikal.

 

ev

 

Tambahan pula jika harganya diletakkan disekitar paras harga mampu milik, pasti ia membuat pesaing lain tidak senang duduk.

Mengenai spesifikasi terperinci dari segi prestasi dan teknikal serta harga jualan, ia tidak dapat didedahkan ketika ini sehingga waktu pelancaran pada 25 Julai ini.

 

ev

 

Tags

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Neta X merupakan sebuah SUV EV yang bakal bersaing dalam kelas pasaran tempatan segmen-B, dimana ia…