NETA V terbakar ; bukan berpunca dari kenderaan

oleh Firdaus Razani|
gambar dari tangkap layar Tiktok UtusanTV
Intro Synergy Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi kenderaan elektrik NETA di Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian kebakaran sebuah model NETA V di Lebuh raya Utara-Selatan dekat Seremban 2 baru-baru ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kejadian tersebut telah tular menerusi video di laman aplikasi Tiktok yang dikongsi oleh UtusanTV yang menyiarkan anggota bomba sedang berusaha memadamkan api kebakaran kenderaan tersebut.

 

@utusantvofficial 9 NOV 24: Begini cara Bomba padam api kereta elektrik terbakar. Anggota membuat pemadaman menggunakan satu portable water mist, dua aliran salur bantu mula dan satu aliran hose berserta foam sehingga api terpadam. 📽 milik @theredsaviors #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #evterbakar #neta ♬ original sound - UtusanTV

 

Menurut dari laporan yang dikeluarkan melalui kenyataan Intro Synergy, kesemua penumpang dan pemandu terselamat dan tiada kecederaan dari insiden kebakaran tersebut.

 

 

Intro Synergy bagaimanapun menyatakan bahawa laporan awal menunjukkan bahawa kenderaan itu telah melanggar serpihan di jalan, khususnya serpihan tayar lori.

Insiden perkara itu disahkan melalui maklum balas pemilik EV tersebut melalui ruangan komen balas di laman Facebook Neta Auto Malaysia.

 

neta

 

Tambah pemilik tersebut, selepas berhenti di tepi jalan dan keluar dari kereta, selang lima minit kemudian, kenderaan yang dinaiki mereka telah mengeluarkan percikan api lalu terbakar.

Laporan polis telah difailkan, dan Intro Synergy selaku wakil NETA Malaysia akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan syarikat, “keselamatan pelanggan dan orang ramai tetap menjadi keutamaan kami. Kami sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.”

“Kami telah mengerahkan pasukan teknikal kami dan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menilai keadaan secara terperinci.” tambah dalam kenyataan tersebut.