Neta V dapat sifar bintang dalam ujian ASEAN NCAP

oleh Danial Yasin Suhaimi|
New Car Assessment Program untuk Asia Tenggara, ASEAN NCAP baru-baru ini telah menjalankan ujian terhadap SUV elektrik segmen B mampu milik, iaitu NETA V.

Untuk pengetahuan anda, NETA V merupakan model EV pertama yang telah menjalani penilaian di Pusat Ujian Perlanggaran Sementara MIROS (PC3) di Malaysia.

Hasil ujian yang dikeluarkan untuk NETA V mencatatkan keputusan mengecewakan dengan penilaian Sifar-Bintang, menjadikannya model pertama yang menerima penilaian sifar bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021–2025.

Protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025 mewajibkan NETA V menjalani ujian berdasarkan 4 kategori iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS).

NETA V menerima sifar bintang dengan mata keseluruhan 28.55 mata sahaja, berikut merupakan kategori markah yang diterima:

  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) - 7.89 mata dari 40 mata keseluruhan
  • Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) - 13.51 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Bantuan Keselamatan (SA) - 7.14 mata dari 20 mata keseluruhan
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) - 0.00 mata dari 20 mata keseluruhan

 

2

 

Ditawarkan dengan varian tunggal, NETA V yang turut dijual untuk pasaran Brunei, Indonesia dan Thailand itu didatangkan standard dengan ciri keselamatan seperti:

  • 2 beg udara
  • Seatbelt Reminder System (SBR) untuk pemandu sahaja
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • Electronic Stability Control (ESC)

NETA V menjalani ujian perlanggaran hadapan (frontal offset crash test) dan ujian impak sisi di bawah kategori AOP, di mana ia memperoleh sifar mata untuk ujian perlanggaran hadapan, dengan perlindungan kepala, leher, dada, dan kaki kanan pemandu dinilai sebagai lemah.

Dalam ujian impak sisi, NETA V hanya memperoleh 6.31 mata daripada 8.00, dengan patung ujian menerima perlindungan marginal untuk bahagian dada.

Tambahan pula, model ini tidak dilengkapi dengan sebarang peralatan Head Protection Technology (HPT), menyebabkan ia tidak memperoleh sebarang mata dalam penilaian tersebut.

Dalam penilaian dinamik untuk kategori COP, NETA V menunjukkan prestasi baik dalam ujian perlanggaran hadapan dan impak sisi, namun ia mencatatkan mata yang lemah untuk pemasangan Child Restraint System (CRS) dan penilaian berasaskan kenderaan.

Walaupun dilengkapi dengan pemasangan ISOFIX dan top tether, NETA V tidak mesra pemasangan untuk lebih separuh daripada senarai CRS yang disarankan oleh ASEAN NCAP.

 

3

 

Menyumbang lagi ke arah penilaian yang rendah, NETA V tidak dilengkapi dengan beberapa ciri bantuan pemandu penting seperti, Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Lane Keep Assist (LKA) dan Lane Departure Warning (LDW).

Selain itu juga, semua teknologi yang dinilai oleh ASEAN NCAP di bawah kategori MS seperti Blind Spot Technology (BST), Auto High Beam (AHB) dan Pedestrian Protection (PP) tidak tersedia pada NETA V.

Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh ASEAN NCAP juga, ujian perlanggaran hadapan menunjukkan perlindungan yang lemah kepada penumpang hadapan, bermula dengan struktur badan yang lemah dan sistem penahan yang terjejas.

Tali pinggang keledar yang dipasang untuk kedua-dua penumpang hadapan kenderaan tidak dilengkapi retractor pre-tensioner dan load limiter.

Peralihan stereng juga merupakan salah satu faktor yang dikenal pasti oleh ASEAN NCAP selepas perlanggaran, selain integriti ruang penumpang dan peralihan tiang A.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…
Berita Global
JAC merupakan jenama yang dilancarkan pada tahun 2018 dengan kerjasama diantara syarikat SEAT dan…
Berita Global
Walaupun dunia kini mempunyai regulasi tersendiri di dalam ujian pelanggaran, Scania dikatakan…