"Tarikh permulaan kerja-kerja subkontrak ialah 7 Februari 2022 dan tempoh pembinaan untuk Projek S1-1 dan Projek S1-2 adalah dalam tempoh 32 bulan dan 28 bulan dari tarikh permulaan masing-masing," kata syarikat itu.
Nestcon berkata, kerja-kerja itu dijangka siap pada 30 September 2024 untuk Projek S1-1 dan 31 Mei 2024 untuk Projek S1-2.
Anugerah itu dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan penggearan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan sepanjang tempoh kerja-kerja subkontrak.