Nenek 79 tahun beli Golf GTI 2022, GTI yang kelima sepanjang hidup!

oleh Mohamad Hanif|
Usia yang kian menghampiri ke penghujung bukanlah alasan untuk seorang nenek berusia 79 tahun untuk mendapatkan model sebuah VW Golf GTI 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu hantaran di FB pengedar Volkswagen Hatfield, wanita tersebut sebenarnya telah pun memandu kereta-kereta Volkswagen selama lebih 50 tahun, dan GTI merupakan model yang paling dekat dengan jiwanya.

Malah, Golf GTI 2022 itu merupakan GTI yang kelima yang dimiliki sepanjang hidup beliau!

Berdasarkan rakaman serahan kenderaan oleh salah seorang jurujual tersebut, nenek itu dilihat mengukirkan senyuman tatkala melihat Golf GTI baharu yang berada di depan matanya.

Steady nenek!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Simbol ‘R’ ini kebanyakkanya telah digunakan pada model Arteon dan T- SUV Roc, Tiguan dan Touareg…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…