Negeri jalan raya paling selamat adalah Perlis

oleh SALINA JALIL|
Perlis diiktiraf negeri paling selamat di jalan raya di negara ini dengan kadar kemalangan 0.3 peratus, jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019.


Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata tahun lepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menobatkan Perlis sebagai negeri paling rendah kadar kemalangan dan beliau berharap pencapaian itu akan terus dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya kepada media pada pelancaran Op Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di hadapan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.



Surina berkata dalam masa tiga hari Ops Selamat bermula 18 Jan, 836 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan tiada kemalangan maut dilaporkan.



Op Selamat 16/2020 Tahun Baharu Cina yang berakhir pada 1 Feb ini memberi fokus kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan melanggar lampu isyarat.

 



-- BERNAMA

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Charm Touch ’N Go edisi Tahun Naga ini merupakan sebuah produk Touch ’N Go dengan sokongan NFC…
Berita Domestik
Antara tawaran menarik sempena kempen itu ialah kadar faedah rendah bermula dari 1.15 peratus dan…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, pemberian tol percuma itu bagi meraikan kesemua…