Negara rugi RM35.32 billion akibat kemalangan jalanraya

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
  • 489,606 kes kemalangan jalanraya pada tahun 2015
  • 80.6 peratus punca kemalangan ialah kerana kecuaian manusia
  • Motosikal masih jumlah tertinggi 39,744 kematian (2005 - 2015)

Malaysia mengalami kerugian sosio-ekonomi bernilai sehingga RM35,32 billion dalam tempoh masa empat tahun ini kerana kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya.

Menurut laporan Shahrim Tamrin yang menulis untuk The Sun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan kemalangan jalanraya dan kematian akibatnya amat merugikan ekonomi negara dan perlu dihentikan.

“Walaupun nilai kerugian itu besar, tiada yang lebih merugikan dari kehilangan nyawa,” ujar beliau ketika melancarkan Program Taksiran Jalanraya Antarabangsa (International Road Assessment Programme) anjuran Shell Malaysia dan MIROS baru-baru ini.

Menurut laporan Shahrim lagi, World Health Organisation (WHO) menafsirkan kerugian yang dimaksudkan dari kemalangan jalanraya datang dari kos rawatan, kos rehat akibat kecederaan, kos penyiasatan kemalangan dan pengurangan atau kehilangan produktiviti. Ia juga termasuk kos-kos dari segi masa dan perbelanjaan yang ditanggung oleh ahli keluarga lain yang terpaksa mengambil alih tugas simangsa.

[caption id="attachment_5005" align="aligncenter" width="620"]Gambar dari Bernama Gambar dari Bernama[/caption]

Datuk Seri Liow seterusnya menunjukan kadar kerugian negara mengikut tahun:

  • RM9.14 billion dalam tahun 2012
  • RM8.91 billion untuk tahun 2013
  • RM8.64 billion dalam tahun 2014
  • RM8.63 billion untuk tahun 2015

Beliau turut berkongsi data kemalangan tahun lalu:

  • 489,606 kes kemalangan jalanraya pada tahun 2015
  • 6,706 kematian akibat kemalangan jalanraya dalam tahun 2015
  • 18 kematian setiap hari akibat kemalangan jalanraya sahaja dalam tahun 2015

Laporan seterusnya dari S. Tamarai Chelvi dari akhbar The Sun juga memetik kenyataan Datuk Seri Liow di mana dalam tempoh sepuluh tahun, penunggang motosikal masih mencatat jumlah kematian akibat kemalangan jalanraya tertinggi - sejumlah 39,744 kematian (2005 - 2015).

Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MIROS) menunjukan 80.6 peratus punca kemalangan ialah kerana kecuaian manusia sementara 19.4 peratus ialah akibat keadaan jalanraya dan kenderaan.

[caption id="attachment_5003" align="aligncenter" width="620"]Dari kiri, Tan Sri Michelle Yeoh, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengerusi Yayasan Prudence, Donald Kanak dan Datuk Seri Jean Todt. Dari kiri, Tan Sri Michelle Yeoh, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pengerusi Yayasan Prudence, Donald Kanak dan Datuk Seri Jean Todt.[/caption]

Datuk Seri Liow berkata begitu ketika merasmikan kempen keselamatan jalanraya Safe Steps yang dianjurkan oleh Yayasan Prudence, bersama National Geographic Channel dan Federation Internationale de l’Automobile (FIA) di Pavilion semalam.

Beliau seterusnya menunjukan peningkatan kadar kemalangan dari 476,196 kemalangan dalam tahun 2014 kepada 489,606 dalam tahun 2015.

Tan Sri Michelle Yeoh menjadi duta kepada kempen Safety Steps dan turut hadir pada acara itu ialah Presiden FIA, Datuk Seri Jean Todt.

safety steps 1