Naza umum henti operasi jenama Vespa berkuatkuasa 1 Januari 2020

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu pengumuman yang diterbitkan oleh Naza Premira Sdn Bhd sebentar tadi, mereka kini menghentikan operasi terhadap jenama Vespa berkuat-kuasa 1 Januari 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Pengerusi Eksekutif dan CEO Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, "kami mengucapkan terima kasih kepada Piaggio Group atas kerjasama selama sembilan tahun, dan mendoakan yang terbaik untuk rakan baharu mereka. 

"Kami akan terus fokus dalam memperkukuhkan lagi perniagaan utama kami, terutama di dalam pembuatan automotif dan operasi pengedaran, melihatkan kepada dinamik perniagaan yang sentiasa berevolusi.

"Lebih penting, kami harus kekal bersaing dan relevan di dalam pasaran yang sentiasa berubah mengikut kehendak pengguna," ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Naza Premira akan meneruskan khidmat selepas jualan kepada para pelanggan Vespa termasuklah servis motosikal, alat ganti, serta tuntutan waranti sehingga 31 Disember 2019 ini. 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd kini tampil dengan dua buah…
Pelancaran
Sebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya hidup yang tersendiri dan unik, skuter Vespa…