Naza sumbang RM1,000 untuk Tabung Harapan Malaysia bagi setiap kereta terjual

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mahu ketinggalan, Naza Group semalam mengumumkan sumbangan sebanyak RM1,000 akan disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia untuk setiap kereta yang dijual, bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut CEO Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, SM Nasarudin SM Nasimuddin, sumbangan kepada Tabung Harapan Negara ini merupakan salah satu cara mereka berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas landskap ekonomi dan politik yang stabil, mendorong kepada penjualan kereta yang memecahkan rekod untuk tahun ini.

 


Tambah beliau, "sebagai sebuah syarikat tempatan, ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan kita bagi menyumbang ke arah kebaikan negara, khususnya bersempena Hari Kemerdekaaan yang ke 66 serta 55 tahun Hari Malaysia."

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Naza juga dikatakan telah menjual kebanyakan cawangan Kia miliknya kepada pengedar-pengedar Kia…
Hezeri Samsuri
Bab Kumpulan Naza adalah satu-satunya syarikat pemegang AP yang berjaya membuka kilang kenderaan,…
Berita Domestik
Menurut satu sumber yang rapat di dalam industri, rundingan antara Suzuki dan Naza dijangka akan…