Naza sumbang 1 unit Kia Cerato untuk ILKBS hadapi WorldSkills Competition 2019

oleh Mohamad Hanif|
Kumpulan Naza baru-baru ini telah menyumbangkan sebuah Kia Cerato kepada Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam persiapan menghadapi WorldSkills Competition 2019 (WSC 2019).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit kereta berkenaan akan digunakan sebagai persiapan dan latihan wakil Malaysia, Mohamad Ridzuan yang akan bertanding di dalam kategori Car Painting di acara yang akan berlangsung di Kazan, Russia dari 16-27 Ogos 2019.
 


Menurut SM Nasaruddin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan CEO Kumpulan, Naza Corporation Holdings berkata, "Kami di Naza Group berasa amat berbangga menjadi sebahagian daripada persiapan ILKBS untuk WSC 2019.

Sebanyak 60 buah negara yang merupakan ahli WorldSkills International (WSI) akan berentap di WSC pada tahun ini. 

WSC diperkenalkan bertujuan untuk melatih kemahiran para belia di dalam pelbagai arena industri sekaligus memberikan inspirasi kepada mereka untuk menukar apa jua minat mereka kepada sebuah kerjaya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Naza juga dikatakan telah menjual kebanyakan cawangan Kia miliknya kepada pengedar-pengedar Kia…
Hezeri Samsuri
Bab Kumpulan Naza adalah satu-satunya syarikat pemegang AP yang berjaya membuka kilang kenderaan,…
Berita Domestik
Menurut satu sumber yang rapat di dalam industri, rundingan antara Suzuki dan Naza dijangka akan…