NAZA rayu kerajaan benarkan semula sektor automotif beroperasi

oleh Mohamad Hanif|
Naza Automotive Group, cabang automotif Naza Corporation Holdings merayu kerajaan supaya membenarkan semula sektor automotif beroperasi bagi mengelakkan kerugian yang lebih teruk.

Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini, keselurhan rantaian bekalan di dalam sektor automotif terjejas teruk disebabkan penutupan operasi di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut CEO Naza Automotive Group, Dato' Nik Hamdam Nik Hassan berkata, kebanyakan syarikat utama untuk produksi kenderaan dan komponen automotif terletak di dua buah negeri ini, dan gangguan kepada perniagaan dan rantaian bekalan yang berterusan akan memberikan kesan buruk kepada industri ini.

Ia turut diperkuatkan dengan kenyataan bahawa industri automotif tempatan banyak bergantung harap kepada pasaran domestik.

Selain daripada itu, larangan operasi juga turut memberikan kesan kepada penutupan perniagaan, terutama kepada pemain industri yang lebih kecil, sehingga mampu mengakibatkan pembuangan tenaga kerja dan impak yang lebih mendalam kepada pasaran kerjaya.

Senario yang berlaku pada ketika ini bukan sahaja memberikan kesan kepada pelanggan, malah ia juga turut melibatkan risiko kepada pemilik kenderaan yang terpaksa menggunakan kereta yang menjangkaui tempoh servis, serta tidak mampu untuk menggantikan komponen yang rosak.

NAZA turut berharap kerajaan akan membenarkan semula aktiviti di dalam sektor automotif kembali beroperasi serta-merta, namun dengan syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Seperti kita tahu, Jimny ialah jenama ikonik dunia, malah kami sudah menerima hampir 20…
Berita Domestik
Harga baharu ini berkuatkuasa 15 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Senarai harga boleh dirujuk…
Berita Domestik
Fuel Your Freedom, Discover Malaysia with Kia Naza Kia Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan…