Naza Premira lancar tiga buah skuter sekaligus - harga jualan bermula dari RM15,600

oleh Mohamad Hanif|
Naza Premira Sdn Bhd selaku pengedar sah skuter jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan tiga buah skuter; Vespa Primavera 150 2018, Vespa Sprint 150 2018 dan juga Vespa GTS 300 Super Sport.

Sebagai sebuah jenama yang melambangkan gaya hidup yang tersendiri dan unik, skuter Vespa dihasilkan bagi mereka yang tahu menghargai erti hidup yang sebenar tanpa mengira jantina.

Menurut Dato' Samson Anand George, CEO Kumpulan Automotif Naza berkata, 'sejak jenama Vespa dibawa masuk secara rasmi, kami telah meletakkan hampir 11,000 unit skuter yang bergaya ini di atas jalan raya Malaysia."

"Tahun ini sahaja merupakan tahun bertuah bagi kami kerana berjaya mencapai 70% sasaran jualan atau 1,125 unit, dan kami berharap dengan pengenalan tiga unit Vespa baharu ini membantu kami memenuhi target jualan tahun ini," tambah beliau.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas tiga buah Vespa yang dilancarkan oleh Naza Premira di Mid Valley sebentar tadi.

Vespa Primavera - ikon klasik merentas zaman

Enjin: i-get 150 cc silinder tunggal, empat lejang

Kuasa: 9.5 kW/12.8 Nm

Rim: aloi 12 inci 5-spoke depan dan belakang

Sistem brek: ABS single channel

Lampu utama: LED

Lampu belakang: LED

Kapasiti tangki: 8 liter + 2 liter simpanan

Warna: Beige Metallic, Nero Vulcano, Monto Bianco

Aksesori: top box, penyandar belakang, top fairing, rak barang krom depan dan belakang

Ciri keselamatan: peranti anti pencuri, saddle mekanikal

Harga: RM15,600

Vespa Sprint Sport 150 - skuter muda

Enjin: i-get 150 cc silinder tunggal empat lejang

Kuasa: 9.5 kW/12.8 Nm

Rim: 12 inci aluminium aloi

Sistem brek: ABS single channel

Lampu utama: LED

Lampu belakang: LED

Kapasiti tangki: 8 liter + 2 liter simpanan

Warna: Blue Matt, Monte Bianco, Rosso Dragon, Grigio Titanto

Aksesori: top box, perehat belakang, windscreen kustom, mudguard krom depan belakang, rim aluminium dual-tone, grafik 'Sports'

Ciri keselamatan: peranti anti-pencuri, saddle mekanikal

Harga: RM16,400

Vespa GTS 300 Super Sport - paling berkuasa

Enjin: Quasar 278.3 cc silinder tunggal, empat lejang

Kuasa: 15.6 kW/22 Nm

Sejukan: cecair

Rim: 12 inci 

Sistem brek: ABS/ASR 2 channel

Kapasiti tangki: 8 liter + 0.5 liter simpanan

Warna: Red Matt, Grigio Titanio

Aksesori: top box berwarna, pelindung kaki, alas pelindung motosikal, saddle-handlebar anti pencuri

Ciri tambahan: slot USB, kunci elektronik, ciri pencari motosikal

Harga: RM28,000

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran
Pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd kini tampil dengan dua buah…