Naza Kia Malaysia lantik MBf Automobile sebagai wakil pengedar

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Naza Kia Malaysia (NKM) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan MBf Automobile Sdn Bhd bagi mengedarkan kenderaan jenama Kia di Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu ialah Dato' Samson Anand George, CEO Kumpulan Automotif Naza Corporation Holdings dan juga Daniel Choo, Pengurus Besar Kumpulan MBf Automobile Sdn Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Menurut Dato' Samson Anand George, "kami mengalu-alukan kehadiran MBf Automobile Sdn Bhd ke dalam rangkaian pengedar kami."

"Dengan (perjanjian) ini, kami dapat meyakinkan lagi kehadiran jenama Kia di Malaysia dan keyakinan yang diberikan oleh MBf Automobile terhadap kami," tambah beliau.

Dengan termeterainya perjanjian itu, MBf Automobile bakal menyediakan pusat pameran Kia yang pertama mengintegrasikan imej korporat jenama Korea itu yang dinamakan Kia Concept Store.

Pusat 3S itu akan dibuka di Menara MBf dengan jumlah pelaburan dicatatkan sebanyak RM5 juta itu dijangka siap menjelang pertengahan 2019.
 


Selain itu, MBf Automobile juga bakal mengambil alih pusat pameran Kia yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar dan menukarkannya menjadi Kia City Concept Store.

Pusat ini dijangka beroperasi pada suku ketiga 2018 dengan jumlah kos transformasi mencecah RM1.5 juta. 

"Pada tahun ini, kami (Kia) akan menumpukan pelaburan dengan meluaskan lagi rangkaian pengedar di seluruh negara dengan tambahan lima pusat pameran baharu bagi memberikan pengalaman pembelian yang berkesan kepada pelanggan kami," tambah Dato' Samson. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…