Naza Italia melancarkan Ferrari 812 Superfast - GT yang lebih berkuasa dari F12tdf

oleh ONNY IZWAN|

Roda belakang yang turut boleh digerakkan mengikut kadar pusingan stereng roda depan, badan kereta yang menyalurkan udara aerodinamik ala kereta F1 dan enjin Ferrari paling berkuasa, ia adalah antara fakta yang membuatkan Ferrari 812 Superfast lebih istimewa dari Ferrari lain.

 

F812-1

 

Nasa Italia semalam melancarkan Ferrari 812 Superfast di Kampung Pandan, Kuala Lumpur dengan acara mewah ala pelancaran Ferrari bertaraf dunia.

 

F812-2

 

Kami di hidangkan dengan bunyi nyaring dan merdu enjin V12 terbaharu dari Ferrari apabila model terbaharu ini di dedahkan di belakang tabir dalam suasana serba gelap.

 

F812-e

 

Model 812 Superfast untuk persembahan itu telah di pandu oleh pelumba GT Malaysia, Zen Low. 

 

812-1

812-2

812-3

Hanya dengan kepakaran tapak kaki kanan pelumba berpengalaman seperti Zen kereta Ferrari ini dapat di pandu masuk ke ruang kecil dengan amat perlahan. Bukan mudah untuk menjinakkan kuasa kuda sebanyak 789 hp itu.

 

Ferrari 812 Superfast dijana oleh enjin terbaharu keluaran Ferrari yang berkapasiti 6496 cc dalam bentuk V pada condongan 65 darjah. 

 

812enjin

 

Ia telah ditala khusus untuk menghasilkan 800 cv atau 789 hp pada putaran enjin selaju 8500 rpm serta tenaga tork sebanyak 718 Nm pada putaran 7000 rpm (sebanyak 80% tork dihasilkan pada tahap putaran 3500 rpm). 

 

Ini bermakna 812 Superfast adalah pembaikan signifikan berbanding model F12tdf yang hanya mampu menjana 770 hp dan 705 Nm (dari enjin V12 berkapasiti 6.2-liter).

 

Kotak gear Superfast adalah antara kotak gear berprestasi tinggi yang terunggul pernah dikeluarkan, iaitu F1 DCT, gear klac berkembar tujuh kelajuan dengan kadar penukaran gear tempoh pendek dan sebab kereta ini mampu menghasilkan pecutan tinggi selama 2.9 saat apabila memecut dari 0 -100 km/j (kelajuan maksimum ialah 340 km/j). 

 

812Z

 

Teknologi-teknologi lain termasuk stereng kuasa elektrik, Side Slip Control (SSC) 5, ESP 9.1 premium dan bantuan pusingan stereng empat roda bernama Virtual Short Wheelbase (PCV), yang pertama kali dilihat pada model F12tdf.

Ferrari 812 Superfast di jual pada harga asas RM1,578,000. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelancaran F8 Tributo di Malaysia ini juga adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-10…
Telah Diuji
Apakah yang anda boleh lakukan jika anda mahukan sebuah Ferrari yang mampu membawa lima penumpang…
Berita Domestik
Maserati ialah satu jenama mewah dari Itali yang mempunyai sejarah yang cukup panjang. Bermula di…