Difahamkan, syarikat itu telah pun memberikan penerangan kepada Suzuki Motor Corporation (SMC) berhubung insentif yang ditawarkan oleh kerajaan pada ketika ini.
Ketua Pegawai Operasi Naza Eastern, Mohamad Irwan Shahril berkata, "kami sudah berbincang dengan SMC berhubung insentif kerajaan bagi EV import sepenuhnya (CBU) yang akan berakhir pada 31 Disember 2025.

Tanpa menyebut model khusus, Irwan menjelaskan SMC sudah menetapkan model EV tertentu untuk dilancarkan di Malaysia, di mana ia dikatakan akan menepati permintaan dan cita rasa pasaran tempatan.
Selain daripada EV, Naza Eastern juga dijangka akan membawa masuk satu model baharu dalam masa terdekat, di mana model tersebut baru sahaja dilancarkan di India baru-baru ini.

Besar kemungkinan ia adalah model Jimny versi lima pintu di mana ia mampu menjadi satu alternatif yang lebih praktikal kepada model Jimny tiga pintu yang telah dilancarkan sebelum ini.
Di peringkat global, Suzuki telah merancang untuk memperkenalkan beberapa buah model EV, termasuklah Suzuki eVX versi produksi, Suzuki Jimny EV, serta beberapa buah keicar elektrik untuk pasaran Jepun.
Sumber: Berita Harian