Naza-Berjaya dapat tender bekalkan kenderaan rasmi kerajaan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan dilaporkan telah memilih konsortium Naza-Berjaya untuk kontrak jangka panjang bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan kereta rasmi dan kenderaan peronda polis selepas hampir setahun proses pembidaan kompetitif yang dijalankan.


Turut dinyatakan adalah konsortium Naza-Berjaya telah menerima surat niat (Letter of Intend) dari Kementerian Kewangan, dan pelantikan secara rasmi disasarkan pada bulan Jun tahun ini. Kontrak pengurusan armada semasa yang diberikan kepada Spanco Sdn Bhd pada tahun 1994, telah tamat pada akhir tahun 2018.


Spanco telah diberikan dua sambungan iaitu enam bulan sejak tahun lepas sebanyak dua kali. Spanco juga telah diberikan lanjutan tambahan selama enam bulan lagi hingga Jun 2020 sementara menunggu pemilihan konsesi baharu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sumber berkata konsortium Naza-Berjaya telah melantik ketua bekas KUB Malaysia Bhd iaitu Datuk Abdul Rahim Mohd Zin untuk memimpin projek tersebut dan membuat rundingan bersama pihak kerajaan.


Menurut profil LinkedIn terkini, Rahim telah menyertai Berjaya Group Bhd pada bulan Disember sebagai Pengarah Eksekutif, Berjaya Group. Berjaya Group adalah syarikat pegangan persendirian yang dikendalikan oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.


Pada bulan Ogos, StarBiz telah melaporkan bahawa konsortium Naza-Berjaya adalah di antara pesaing utama sejak proses tender tersebut dibuka dan telah   menarik minat tujuh pembida lain termasuk penyandangnya Spanco.


Pada bulan Februari 2019, pihak kerajaan telah mengeluarkan  permintaan untuk cadangan kontrak bagi membekalkan, menyelenggara dan menguruskan kenderaan rasmi selama 15 tahun ke depan.

 

 

Kerajaan mempunyai  sekitar 12,500 kereta yang termasuk yang digunakan oleh menteri dan penjawat awam berpangkat tinggi, serta kenderaan peronda polis.


Kenderaan ini, kebanyakannya adalah kereta Proton dan kesemuanya telah dipajak dari Spanco melalui susunan kitaran penggantian lima tahun.


"Pemegang konsesi baru hanya akan mula membekalkan kereta baharu kepada kerajaan untuk menggantikan kenderaan Spanco yang tidak disewa sebaik sahaja mereka telah memuktamadkan anugerah itu," kata seorang sumber.


Di bawah kontrak dengan Spanco, konsesi pengurusan kenderaan adalah secara end-to-end  (hujung ke hujung) dengan kitaran penggantian lima tahun yang dirancang untuk memastikan kenderaan kerajaan kekal , sementara pada masa yang sama kos penyelenggaraan setiap kenderaan ini dihadkan pada kadar pra-had yang ditentukan.


Ini bermakna walaupun selepas konsesi baharu dilantik, Spanco masih perlu mengekalkan dan menguruskan kereta yang masih dipajak oleh syarikat dan masih dalam tempoh perkhidmatan.


Spanco telah membekalkan kira-kira 2,000 kereta kepada kerajaan sejak 12 bulan lalu sebagai pengganti bagi kenderaan yang telah  mencapai batas maksimum lima tahun.

 

Ini termasuk kira-kira 500 unit kenderaan utiliti sukan Proton X70 yang telah dihantar di antara Disember dan Januari tahun ini dan kini digunakan sebagai kereta rasmi untuk pegawai-pegawai sektor awam (Jusa).

 

Spanco adalah sebuah syarikat pengurusan bebas yang mempunyai kira-kira 220 orang kakitangan dengan dua pusat perkhidmatan utama di Batu Caves dan Bangi. Syarikat itu juga mempunyai lebih daripada 200 pusat perkhidmatan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Sementara itu, konsortium Naza-Berjaya mempunyai 20 jenama kenderaan di bawah stabilnya termasuk Kia, Peugeot dan Mazda.

 

Pegawai strategi utama Naza Corp, Azrul Reza Aziz memberitahu StarBiz pada bulan Ogos bahawa konsortium Naza-Berjaya mempunyai kelebihan daya saing dari segi keupayaan teknikal, memandangkan konsortium menawarkan penyelesaian end to end dari segi pembuatan, pengedaran dan sokongan selepas jualan kepada pengurusan kenderaan.

 

Konsortium itu, katanya, mampu memberikan kadar sewa kenderaan pada harga yang kompetitif serta membantu kerajaan melalui penawaran solusi end to end dan memberi manfaat kepada kerajaan dari segi kos yang lebih rendah dan terkawal.

 

 

Apa yang anda perlu tahu tentang kontrak kereta kerajaan? Sila rujuk di artikel ini: https://careta.my/article/kontrak-kereta-kerajaan-8-perkara-yang-tidak-diceritakan

 

 

Laporan: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mereka (kerajaan) telah menamatkan perkhidmatan kami dan memberikannya kepada Spanco. Kerajaan…