Naza berhenti jual Chevrolet

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Naza Quest Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Naza hari ini mengumumkan bahawa ia akan berhenti dari mengedar produk Chevrolet bermula dari 15 November ini.

Walaubagaimanapun, Naza Quest akan tetap menghormati waranti dan khidmat selepas jualan untuk pemilik-pemilik Chverolet yang sedia ada sehingga perlantikan wakil pengedar baharu jenama itu.

Menurut Datuk Samson Anand George, CEO Kumpulan Automotive untuk Naza Corporation Holdings, keputusan tersebut dicapai hasil dari pelan tindakan rasionalisasi Kumpulan Naza untuk memastikan syarikat terus menguntungkan dalam jangka masa panjang.

"Kami akan memberikan fokus kepada jenama-jenama dua-roda dan empat roda yang ada. Kumpulan Naza akan memaksimakan barisan jenama-jenama kenderaan yang ada di samping mengintai peluang perniagaan lain bagi mengembangkan pasaran kami di dalam sektor automotif negara," ujar beliau.

 

 

Naza Quest telah memegang teraju utama untuk Chevrolet di Malaysia selama lapan tahun. Sebelum itu, jenama Chevrolet dibawa masuk oleh DRB Hicom.

Kedua-dua syarikat bumiputera itu berjaya menghidupkan kembali jenama US yang telah lama meninggalkan Asean.

Menurut Vanchana Unakul, Pengarah Besar Gm Asia Tenggara, Chevrolet akan tetap terus berada di Malaysia dan mereka akan mengumumkan pengedar yang baharu kelak.

Chevrolet sebenarnya masih tidak mempunyai model-model strategik untuk pasaran Asean. Ia memulakan operasi di Malaysia dengan mengunjurkan model-model saduran Daewoo dari Korea dan Opel dari Eropah.

 

 

Walaupun produk dari Korea mereka tidak begitu memberikan masalah, rekabentuk yang kurang menarik tidak menjadikan ia jenama yang kuat.

Masalah ini ditambahkan lagi dengan gambar model-model kenderaan Chevrolet yang seksi di US, tetapi pasaran Asean diberikan kenderaan yang lebih sesuai untuk negara dunia ketiga 20 tahun lampau.

Realitinya, GM tidak berjaya di rantau Asean kerana ia tidak pernah serius di dalam pasaran "lekeh" ini.

 

 

Produk terbaik mereka ialah Chevrolet Colorado, yang menggunakan platform Isuzu dan walaupun ia menarik dan cantik, pelaburan yang kurang dari segi promosi menyebabkan ia tenggelam di antara trak-trak pikap yang lain.

Mungkin GM perlu sedar bahawa jika mereka mahukan perniagaan dari Asean, mereka perlu menghormati kehendak pasaran di sini.

Jika tidak, mungkin tidak perlu hadir langsung ke Asean. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, terdapat laporan bahawa sebuah syarikat milik jutawan kelahiran Ipoh, Ong Beng Seng…
Berita Domestik
Acara ini menawarkan pengalaman Ferrari yang mengasyikkan, selain memperlihatkan pelbagai teknologi…
Berita Domestik
Disebabkan perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) yang dilaksanakan pada ketika ini,…