Naza Automall PJ anjur Autoberfest, tawar harga terendah hujung minggu ini

oleh Mohamad Hanif|
Naza Motor Trading (NW Motors), sebuah subsidiari di bawah Kumpulan Naza menganjurkan acara hujung minggu Autoberfest bertempat di Naza Automall Petaling Jaya pada 6-7 Oktober ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terdapat lebih daripada 300 model kenderaan terdiri daripada sedan sehinggalah MPV jenama Toyota, Nissan, Lexus, Mini, Mercedes-Benz dan banyak lagi kenderaan dengan tawaran harga terendah untuk direbut. 
 


Selain daripada itu, Naza dengan kerjasama rakan perbankan eksklusif Maybank menawarkan kadar faedah serendah 2.28% bagi pelanggan Naza Automall yang sah pada hujung minggu ini sahaja. 

Pihak Naza Automall juga menyediakan Kids Corner bagi ibu bapa yang ingin membawa bersama anak-anak ketika memilih kenderaan idaman mereka pada Autoberfest ini. 
 


Naza Automall Petaling Jaya dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 7 malam dan untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-7953 2888 (waktu pejabat sahaja).