Navara Pro-4X 2021 - Bukan facelift biasa-biasa!!!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nissan nampaknya memang serius dengan trak Navara mereka kerana "facelift" yang dilakukan kali ini bukan biasa-biasa, tetapi lengkap dengan varian yang meruntun jiwa.

Sudah dilancarkan di tanah besar pikap saiz sederhana dunia, Thailand, Navara model D23 ini sebenarnya dilancarkan dalam tahun 2014 dan ini mungkin adalah facelift terakhir untuk model popular tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta dibenarkan untuk melihat varian paling tinggi untuk Navara 2021 ini, iaitu Pro-4X. Ini adalah kali pertama Edaran Tan Chong Malaysia (ETCM) menghasilkan sebuah varian khusus untuk melawan saingan dari Ford Ranger Wildtrak dan juga Toyota Hilux Rogue.

Di bawah ialah apa yang kami dapat lihat pagi tadi semasa sesi suai-kenal antara media dan Navara Pro-4X.

 

Bahagian luaran Navara Pro-4X.

  • Bahagian hadapan bertukar wajah terus. Gril ala Nissan Titan itu diberi kemasan hitam legap dan memang besar dan agresif. Mengerikan jika dilihat menerusi cermin pandang belakang kereta kita bukan?
  • Tulisan "NAVARA" lengkap dengan efek "deboss" (lawan kepada efek emboss) pada bahagian atas gril besar itu.
  • Lampu hadapan memang cantik - konsep mata kumpuan dengan empat unit projektor LED untuk setiap lampu, dengan LED berbentuk C untuk DRL.
  • Bamper hadapan juga lebih besar, dan mempunyai efek ala "sump guard" di bahagian bawah.
  • Lampu kabus LED juga diberikan standard, diletakkan di sudut paling hujung bamper hadapan.

 

navara

 

  • Hud enjin kelihatan lebih tinggi dan bersegi, dengan lekuk-lekuk ala "power dome" untuk nampak lebih jantan.
  • Overfender nipis dengan kemasan warna merah/jingga yang nampak seperti pembalik-cahaya.
  • Pemijak kaki, cermin sisi dan railing bumbung diberi kemasan hitam.
  • Roda aloi baharu bersaiz 17-inci dipadankan dengan tayar Yokohama Geolander A/T.
  • Lampu belakang baharu dengan LED bentuk C, sama konsep dengan DRL di hadapan.
navara

 

  • Bamper baharu dengan tempat pemijak untuk panjat masuk ke ruang kargo, dan lengkap dengan sedikit sirip di bahagian hujung bawah bamper tersebut.
  • Pintu ruang kargo dengan spoiler terbina di dalam yang nampak lebih tegap.
  • Tulisan NAVARA dengan efek "deboss" pada pintu ruang kargo.
  • Logo Nissan warna hitam dengan tulisan merah digunakan untuk Navara Pro-4X ini.
  • Dari segi keselamatan, Navara Pro-4X mempunyai ciri-ciri elektronik seperti amaran titik buta, Rear Cross Traffic Alert, High Beam Assist, Lane Departure Warning dan pelbagai lagi.
  • Navara Pro-4X hadir dengan empat warna - Stealth Grey (Kelabu), Burning Red (merah), Pearl White (putih) dan Black Star (hitam).

 

 

Ciri-ciri istimewa yang menarik perhatian untuk Navara Pro-4X pula ialah:

  • Sistem tempat pengikat kargo Utili-Track Channel di ruang kargo yang sangat praktikal - pertama dalam pasaran.
  • Sistem gantungan belakang diberikan pegas gegelung (coil springs) kenis Dual-Rate.
  • Kadar muatan telah ditingkatkan kepada 1.1 tan.
  • Tempat duduk belakang dengan sokongan peha yang lebih baik.
  • Skrin sesentuh 8-inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Satu port USB-C dan tiga port USB-A biasa.
  • Cermin hadapan dan cermin hadapan sisi jenis akustik yang lebih menyerap bunyi luar.
  • Sistem Electronic Rear Differential yang juga pertama kali wujud dalam Navara.
navara

 

  • Sistem kawalan Trailer Sway Assist yang membantu mengawal trak bila menarik treler berat (tempat menarik treler tidak diberikan).
  • Kamera 360-darjah I-AVM (Intelligent Around View Monitor) dengan mod Offroad untuk membantu pemandu melihat kawasan sekeliling (bila mod 4Lo digunakan).
  • Kebolehan mengesan kenderaan hadapan yang membrek secara tiba-tiba (Intelligent Predictive Forward Collision Warning).
  • Kebolehan membrek secara automotik (Intelligent Forward Emergency Braking).
  • Kebolehan mengesan objek bergerak (Intelligent Moving Object Detection).

 

 

Dari segi enjin, ia masih menggunakan unit YD25 4-silinder sebaris dengan DOHC dan Intercooler Turbo yang menghasilkan 190PS pada 3,600 rpm dan 450 Nm bermula dari serendah 2,000 rpm.

Transmisi masih lagi unit automatik 7-kelajuan dengan mod manual.

ETCM akan melancarkan Nissan Navara Pro-4X dan varian-varian lain pada 16 April 2021.

Harga dan juga varian-varian yang lain akan diumumkan pada tarikh tersebut.

Pada tarikh yang sama juga peminat Nissan dan trak pikap boleh melihat, menempah dan memandu uji Navara 2021 di pusat-pusat pameran Nissan di seluruh negara. Mereka juga boleh mendaftarkan minat mereka untuk Navara ini (bukan untuk menempah) di laman web nissan.com.my

Skrol ke bawah untuk melihat gambar-gambar Navara Pro-4X. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…