Navara Dark Sky Concept - sila bina ini Nissan

oleh Penyumbang Rencana 2|
Dilancarkan di Hannover Motor Show 2018 semalam, Nissan memperkenalkan trak konsep mereka yang berdasarkan trak pikap Navara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Navara Dark Sky Concept dibina dengan kolaborasi Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan mempunyai trailer yang mengandungi kelengkapan makmal astronomi, lengkap dengan teleskop berkualiti tinggi.

 

 

Selain dari nampak cantik, Navara ini turut diberikan alatan keselamatan berteknologi tinggi dari Nissan.

Antaranya ialah:

  • ProPILOT - Digabungkan dengan Intelligent Cruise Control dan Steering Assist, ia hampir sama dengan teknologi yang ada dalam kenderaan mewah di mana ia boleh "mengikut" kenderaan di hadapan, walaupun dalam selekoh di lebuhraya.
  • Intelligent Around View Monitor - kamera-kamera yang memberikan penglihatan luas agar memudahkan pemandu mengundurkan kenderaan semasa hendak measang trailer.
  • Blind Spot Warning - untuk memudahkan pemandu mengetahui ada gadis comel di atas skuder di sisi Navara gagah ini.
  • Bateri boleh-alih - dipinjam dari bateri Leaf, ia memberikan tenaga elektrik jika anda sedang berkhemah di kawasan pendalaman.

 

 

 

Enjin yang digunakan pula ialah enjin 2.3L twin-turbo diesel dengan 190 PS dan 450 Nm. Enjin ini ialah varian baharu yang dijual di Eropah.

Mungkin Edaran Motor Tan Chong boleh mendermakan beberapa buah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar memudahkan mereka melihat anak bulan untuk bulan puasa dan Hari Raya.

* Gambar dari Net Car Show.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…