Nasihat dan penerangan: JSPT adakan operasi khas buat pengayuh basikal

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Satu operasi khas dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sempena Deepavali 2021 dengan tumpuan utama terhadap pengayuh basikal di sekitar ibu negara semalam.


Operasi bermula pukul 9 malam itu adalah bagi menasihat dan memberi penerbangan berkaitan tatacara menunggang basikal dengan cara betul dan selamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, dalam operasi bermula 9 malam itu, seramai 30 pengayuh basikal telah diberi penerangan tersebut. 

 

Katanya, penunggang basikal yang melanggar undang-undang jalan raya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

 

“Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi 12 Buat,” katanya dalam satu kenyataan.  

 

Menurut Sarifudin, kegagalan mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000.

 

Ujar beliau, Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula membolehkan basikal disita.

 

“Penunggang yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang pada basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959, Kaedah 42 dan Kaedah 43 boleh dikenakan jika basikal tiada brek dan loceng sebagai ciri keselamatan serta menunggang secara berkumpulan iaitu tidak berada dalam satu deretan” ujarnya.

 

 

– UTUSAN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang…
Berita Domestik
  "Hasil penelitian video itu mendapati aktiviti berkenaan berlaku pada 11.40 malam Sabtu lalu…
Informasi
  Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, pihaknya akan…