Nasib malang - Corvette C8 usia sehari dilanggar Hyundai tanpa insuran

oleh HEZERI SAMSURI|
Nasib malang menimpa bila-bila masa, dan ia memang dugaan dari Allah.

Namun begitu, kadang-kala dugaan yang diterima memang mengecewakan, seperti pemilik Chevrolet Corvette Z51 Performance Pack tahun 2020 berwarna Sebring Orange ini.

Pemiliknya, June Bug (nama akaun Facebook beliau) dari Florida membeli Corvette baharu ini pada 2 April dan terus memandunya pulang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selepas 26 jam di dalam tangan beliau, Corvette iu rosak terus bila ia melanggar sebuah Hyundai Accent yang keluar dari simpang tanpa melihat kiri dan kanan.

Paling menyedihkan, pemandu Accent itu didakwa tidak mempunyai insuran.

 

 

Hyundai Accent itu musnah kerana dirempun dari sisi sementara Corvette C8 berusia 26 jam itu remuk di bahagian depan.

Bahagian kabin sampai ke belakang nampaknya masih sempurna, terutama enjin 6.2L V8 yang menghasilkan 495 hp dan transmisi automatik dwi-klac 8-kelajuan itu (enjin di letakkan di antara gandar belakang dan tempat duduk).

Walaupun boleh dibaiki, tetapi pemiliknya berkata ia mungkin akan membeli Corvette baharu tahun hadapan.

*Laporan asal dari The Drive

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit berwarna hijau yang dipaparkan kali ini merupakan salah satu contoh projek restomod yang…
Berita Global
Ia juga mendapat pujian dari rakyat US yang rata-rata bangga produk tempatan mereka sama bagus…
Berita Global
Reka bentuk kekotakan yang ada pada Defender bukanlah penghalang kreativiti jika anda tahu cara…