Nantikan kunjungan Krew Volkswagen Malaysia hujung tahun ini!

oleh Careta.my|
Modenas
Berita baik untuk orang-orang Melaka dan KL! Krew Volkswagen Malaysia bakal mengunjungi anda bulan November ini sempena satu karnival jualan. Mahkota Parade di Melaka menjadi destinasi pertama mereka bermula dari 19 hingga 22 November. Jangan lupa untuk ke sana kerana terdapat pelbagai hadiah dan barangan eksklusif Volkswagen akan diberikan untuk setiap sesi pandu uji, soal jawab dan peraduan Instagram. Selain itu juga para pengunjung turut berpeluang memenangi baucar-baucar petrol. Saksikan model  Volkswagen Passat, Jetta Sport, Polo Sedan, Polo 1.6 dan Beetle yang ikonik yang akan dipamerkan di sana selain promosi akhir tahun “Volkswagen Big Day Out”. Acara akan dihoskan oleh Lalitha Monisha yang merupakan bekas pemenang tempat kedua Miss Malaysia Universe 2014. Pada 10 hingga 13 Disember pula, Krew Volkswagen akan kembali ke KL dan kali ini mereka akan berada di Atria Shopping Gallery. Anda berpeluang untuk memenangi baucar petrol bernilai RM200 dengan mengambil bahagian dalam peraduan Instagram Volkswagen. Selain itu model Volkswagen Passat dan Jetta Sport turut dipamerkan di sana.

Add new comment