Nanning, kapal pemusnah peluru berpandu China berlatih di Laut China Selatan

oleh SALINA JALIL|
Satu lagi kapal pemusnah peluru berpandu jenis 052D China, Nanning, mula digunakan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) di Laut China Selatan.


Global Times melaporkan, kapal berkenaan baru-baru ini dilihat menyertai latihan ketenteraan di perairan Asia Tenggara, yang juga kemunculan pertamanya di rantau ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Kapal berkenaan digandingkan dengan kapal perang pemusnah angkatan laut di bawah Pemerintah Pentas Selatan PLA dalam latihan pertempuran realistik empat hari di Laut China Selatan.

 

Menurut laman sesawang PLA, eng.chinamil.com.cn, latihan merangkumi taktik mengemudi kapal termasuk penerimaan bekalan di laut.

 

Selain Nanning, yang juga digelar Hull 162, imej disiarkan media tempatan menunjukkan latihan turut disertai kapal bekalan komprehensif jenis 901 (Hull 967), kapal pendaratan dermaga amfibia Qilianshan jenis 071 (Hull 985).

 

Menurut pemerhati, ini adalah kali pertama Nanning terbabit dalam latihan rasmi, sekali gus menunjukkan kapal perang itu sudah memulakan tugas dengan Pemerintah Pentas Tentera Laut PLA.

 

Berdasarkan imej berkenaan, Nanning adalah variasi yang ditambah baik dengan dek helikopter lebih luas dan dilengkapi radar.

 

Pakar ketenteraan China yang enggan dikenali memberitahu Global Times bahawa penyertaan Nanning dalam latihan di perairan Laut China Selatan, memberi kelebihan dari segi kemampuan pertempuran pantas.

 

Tindakan mengekalkan Nanning berpangkalan di Laut China Selatan bagi menjaga integriti wilayah, kedaulatan dan pembangunan kepentingan, turut membangkitkan persoalan mengenai motif sebenar China.

 

Rakaman video majlis pelancaran kapal tersebut di bawah ini:

 

 

- AGENSI