NAMX HUV - SUV rekaan Pininfarina dengan kapsul hidrogen mudah alih

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pemula NAMX (bukan berasal dari planet Namek) telah memperlihatkan sebuah model konsep SUV berkuasa hidrogen bersempena acara Paris Motor Show 2022.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut NAMX, versi produksi HUV rekaan Pininfarina ini hanya akan muncul menjelang tahun 2025 dengan dua varian yang bakal ditawarkan kepada pasaran.
 

HUV


Varian aras mula merupakan SUV pacuan roda belakang dengan kuasa 296 hp, pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.5 saat dan kelajuan tertinggi 200 km/j.

Versi paling berkuasa GTH pula dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda berkuasa 542 hp, pecutan 0-100 km/j 4.5 saat dan kelajuan tertinggi 250 km/j.
 

HUV


Apa yang menariknya pada model NAMX HUV ini adalah sistem tangki hidrogen kekal yang dipadankan dengan enam kapsul hidrogen tambahan yang boleh ditukar ganti, di mana ia menjanjikan jarak gerak sejauh 800 km.

Kapsul tersebut boleh diakses dengan mudah menerusi bukaan pada bahagian belakang, dan rekaan yang hampir sama seperti bateri mudah alih yang terdapat pada skuter elektrik masa kini.
 

HUV


Syarikat pemula itu juga berjanji akan membangunkan jaringan pengedaran bagi membolehkan para pengguna menukar ganti kapsul hidrogen itu dengan lebih mudah dan cepat.

Sumber: Carscoops