Untuk Nizam Che Ahmad, modofikasi kereta memang sesuatu yang bukan asing baginya.
Bekerja dengan syarikat aeronatik, Airod di Subang, pemuda berusia 40 tahun ini pernah memiliki sebuah Satria GTI dan Mazda RX-8.
Kini, beliau memberikan fokus kepada Proton Iriz 1.6L CVT yang dibelinya baru dalam tahun 2016.
Selepas setahun, Nizam mengambil keputusan hatchback ini memerlukan lebih kuasa untuk benar-benar menikmati kerangka yang tegap dan sistem pengendalian ala Eropah itu.
Ahli kelab Proton Iriz Club Malaysia dan juga IrizInfection, Nizam yang berasal dari Baling, Kedah ini memberitahu kos yang telah dibelanjakan olehnya sudah melebihi RM12,000.
"Tinggi kerana saya terpaksa menukarkan komponen beberapa kali. Sekarang, saya sudah tahu apa yang sesuai," ujarnya.
Di bawah ialah ringkasan apa yang telah dilakukan oleh Nizam untuk menghasilkan Iriz Turbo beliau:
Pada mulamnya, turbo dari Daihatsu Mira L200 digunakan. Sekejap sahaja Nizam bertahan dengan turbo kecil itu kerana terbukti, ia tidak cukup kuat.
Kemudian, Nizam menggunakan turbo jenis bearing dari Subaru Impreza WRX. Dengan kos lebih kurang RM4,000 untuk turbo itu sahaja, Nizam kini tidak mempunyai masalah tenaga lagi.
Untuk mengawal turbo itu, sistem kawalan komputer atau ECU perlu ditukar. Pada mulanya Nizam menggunakan ECU piggyback jenis AEM FIC 6 yang mengawal kemasukan bahan api dan operasi enjin. Sayangnya, ia tidak boleh digunakan kerana gagal mengawal fungsi injap VVT pada Iriz itu.
- Nizam kemudian bertukar kepada chip-set jenis H-Tune untuk mengawal airflow-sensor. Namun begitu, Iriz itu terus mengalami masakah "fuel starvation" di mana tidak cukup petrol masuk ke bahagian enjin.
- Sekarang ini, Nizam membuang ECU asal dan kini menggunakan ECU boleh program jenis Link Monsoon dari Link Engine Management. Tidak ada lagi masalah akan enjin dan semuanya beroperasi dengan lancar, termasuk turbo tersebut.
- Namun begitu kerisauan mula terbit dari hati Nizam. Transmisi CVT standard pada Iriz itu tidak mungkin mampu bertahan lama jika boost dari turbo terlalu tinggi.
- Apa yang Nizam lakukan ialah beliau menurunkan kadar boost dari 1.0 bar kerpada 0.6 bar - khusus bagi menjaga enjin dan transmisi.
- Nizam berkata Iriz itu masih terasa berkuasa. Semasa turbo memberikan tekanan setinggi 1.0 bar, Iriz Nizam menghasilkan dalam 240 Nm. Kini, setelah diturunkan, Iriz itu masih mampu memberikan prestasi yang menarik - 210 Nm.
- Boost dikawal menggunakan peranti GReddy. Sebelum itu Nizam belajar penggunaan tulang-tulang ikan (injap akuarium) tidak mampu mengekalkan talaan yang dikehendakinya.
- Pam bahanapi diambil dari Subaru kerana yang asal tidak lagi memberikan tekanan yang mencukupi. Fuel rail pula ialah dari jenama Works, untuk Satria Neo. Fuel regulator dari Tomei dan oil catch tank pula dari Turtle Factory. Intercooler hadapan masih mengekalkan unit dari Daihatsu Mira L200.
- Sistem ekzos, depan ke muncung di belakang dilakukan oleh mekanik Malaysia. Ia kemas, ringan dan seksi.
- Roda aloi Enkei E30 menggantikan roda aloi asal. Sistem gantungan direndahkan dengan menggunakan produk 4Flex. Ultra Racing pakej Stage 4 juga turut dipasang bagi memastikan Iriz ini tidak beroleng teruk, membolehkan Nizam mengambil selekoh selaju sebuah kereta Formula 1.
- Sistem brek kekal sama tetapi pad brek ditukar kepada jenis Bendix, varian Metal King.
- Nizam membuat semua kerja-kerja teknikal ini dengan bantuan mekanik-mekanik di Impiana Motorsports. Untuk kerja-kerja sticker, ia dilakukan oleh Starline Sticker Shop.
- Iriz ini dipandu hampir setiap hari oleh isterinya. Jika bukan Iriz, isterinya akan memandu sebuah Perodua Daihatsu Kelisa Mira Gino.
- Nizam juga dalam proses untuk membaiki Ford Escort MkII 1.3 GT lengkap dengan karburetor berkembar Weber.
- "Modifikasi akan datang pastinya transmisi manual kerana enjin ini mempunyai potensi. Transmisi CVT sekarang mempunyai pelbagai kepincangan jika hendak di modifikasi," kata Nizam sebelum memandu pergi.