Nama rasmi SUV Perodua terdedah - Perodua Aruz hadir dalam dua varian utama

oleh Mohamad Hanif|
SUV Perodua D38L kini disahkan menerima nama rasmi, iaitu Perodua Aruz berdasarkan brosur produk yang tertiris di laman media sosial baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Didatangkan dalam dua varian utama, iaitu X dan juga AV, Arus dikuasakan enjin 2NR-VE 1.5 liter empat silinder yang menghasilkan 104 PS dan 136 Nm daya kilas, unit yang sama digunakan pada Perodua Myvi. 

Apa yang menariknya, SUV ini turut menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) yang menawarkan penjimatan bahan api sekitar 15.6 km untuk satu liter bahan api, selain menerima fungsi sistem melahu Eco untuk lebih penjimatan.
 


Berdasarkan brosur yang tersebar, pelbagai ciri menarik ditawarkan seperti tempat duduk semi-bucket, perakam video pemanduan bersepadu (DVR), slot pengecasan USB di semua baris tempat duduk serta alat pembaca tol terbina dalam. 

Lima warna utama ditawarkan iaitu Amazon Green, Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue dan juga Granite Grey. 

Menurut sumber dalaman, proses tempahan bagi SUV Perodua ini akan bermula esok dengan harga tempahan berjumlah RM500 sahaja. 

MIROS dijangka akan mengumumkan keputusan hasil ujian pelanggaran kenderaan baharu ASEAN NCAP bagi Perodua Aruz dalam masa terdekat.