Nak X50 lebih berkuasa? RaceChip Malaysia ada jawapannya!

oleh Mohamad Hanif|
Ternyata, pelancaran SUV baharu Proton X50 berjaya menarik lebih ramai tumpuan untuk mendekati jenama nasional Proton di bawah seliaan Geely itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidaknya, spesifikasi yang ditawarkan cukup memberangsangkan, dengan enjin tiga silinder sebaris turbo 1.5 liter yang mampu menghasilkan 177 kuasa kuda dan 255 Nm, dan senarai kelengkapan keselamatan yang mampu memalukan lawannya.

Namun, untuk mereka yang benar-benar gilakan kuasa, anda boleh mengekstrak kuasa tambahan daripada enjin 1.5 liter turbo itu supaya mampu mencapai angka 200 hp dengan senang.

 


RaceChip Malaysia baru-baru ini memperlihatkan kit peningkatan kuasa khusus untuk Proton X50, dengan matlamat untuk menghasilkan peningkatan kuasa yang boleh digunakan, dan mengekalkan ketahanan enjin asal.

Menurut RaceChip, kit modul elektronik ini adalah 100 peratus 'plug-n-play' yang tidak memerlukan sebarang pemotongan wayar.

 


Terdapat tiga pakej yang ditawarkan iaitu GTS (RM3,795), RS (RM2,795) dan S (RM1,795), di mana berdasarkan ujian pertama yang dijalankan menunjukkan peningkatan kuasa sebanyak 22 hp dan 34 Nm kepada angka output X50 sedia ada.

Kit peningkatan kuasa ini didatangkan dengan jaminan selama dua tahun dan maklumat lanjut boleh didapati di racechip.com.my.