Nak tukar sport rims? Baca ini dulu...

oleh Careta.my|
Roda atau rim biasanya adalah antara komponen pertama yang akan ditukar untuk meningkatkan tahap estetik kenderaan. Biasanya pemandu akan menukar ke rim yang lebih besar yang bila digunakan dengan tayar berprofil rendah, dan bila direndahkan sistem gantungan kenderaan, ia memberikan imej yang sangat sporty.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain dari itu, tayar yang lebih besar dan lebar juga selalu dikaitkan dengan prestasi handling yang dipertingkat. Namun, peranan rim adalah lebih dari hanya visual mencantikkan kenderaan.

 

Sebagai komponen penghubung antara hab dan roda, daya memecut, membrek dan membelok haruslah disalurkan secara selamat ke sistem casis dan seterusnya ke badan kenderaan.

 

Untuk membeli rim aloi baharu, kita tidak hanya harus memikirkan samada ia cantik ataupun tidak.

rim-careta-4

 

Untuk peminat kereta yang benar-benar tahu tentang kenderaan mereka, anda harus peka akan beberapa lagi faktor lain yang tidak kurang pentingnya.

 

Editor teknikal Careta, Syammim Noori Arifin berkongsi informasi yang mampu menolong kita semua menjadi pembeli yang lebih bijak dan paling penting, pemandu yang lebih selamat di jalanraya.

 

Apa itu PCD (Pitch Circle Diameter)?

 

PCD atau diameter rangkaian lubang bolt dan jumlah lubang bolt adalah antara perkara penting untuk memastikan rim itu muat atau tidak. Untuk PCD, ini tidak menjadi masalah kerana biasanya ia ditentukan oleh jumlah batang bolt yang ada pada hab (atau lubang nut bagi sesetengah model  kereta).

 

Antara saiz PCD lazim ialah 114.3 mm, 100 mm dan sebagainya.  Di atas ialah cara mengukur PCD, namun begitu anda tidak perlu mengukurnya. Buka buku manual dan saiz PCD anda ada tertulis di situ. Ada yang saiz PCD hampir sama dan rim itu muat untuk dipasang tetapi masalah gegaran akan berlaku dan mengakibatkan kerosakan komponen.

 

PCD AND BOLT CARETA

 

 

 

Centre Bore atau diameter lubang tengah

 

Diameter lubang tengah sebaik-baiknya sama dengan diameter hab pada permukaan cakera brek. Ini supaya rim dapat diletakkan pada pusat tengah secara tepat sebelum nut roda diketatkan.

 

Jika diameter lubang tengah rim tidak sama, ia boleh dibesarkan sedikit jika ia lebih kecil (dengan kaedah machining) atau penggunaan center ring berdiameter sama dengan hab boleh digunakan jika lubang ini lebih besar.

 

Jika center ring tidak digunakan, besar kemungkinan rim tidak akan diposisi pada titik tengah hab yang akan menyebabkan masalah getaran, dan beban pemanduan tidak akan disalur secara selamat kepada hab yang akan menyebabkan batang bolt atau nut menanggung beban yang lebih.

 

Dengan diameter lubang tengah yang tepat, atau dengan padanan center ring yang sesuai, rim seharusnya melekat dengan kemas pada hab di gandar dengan kelegaan yang amat kecil sebelum ia diikat dengan nut.

 

centre bore

 

 

 

Saiz rim sesuai

 

Saiz rim yang sesuai selalunya ditentukan hanya secara visual oleh kebanyakan pemandu. Namun sebenarnya ada saiz maksimum yang dibenarkan oleh pengeluar kereta sesuai dengan pelbagai prestasi rim.

 

nature4 

 

Di bawah ialah antara faktor yang menentukan saiz rim:

  • Kelegaan statik
  • Kelegaan dinamik (sewaktu kereta dipandu di bawah beban maksimum yang mengambil kira ruang sapu maksimum tayar di keadaan full bump dan rebound dan dibelokkan ke sudut maksimum bagi roda hadapan)
  • Ketahanan hab dan bearing
  • Kejituan speedometer
  • Kelegaan penggunaan snow-chain pada tayar untuk pemanduan di kawasan bersalji tebal (untuk pasaran di negara empat musim).

 

Saiz rim juga ditentukan dari segi diameter rim dan juga lebar rim.

 

rim-careta-1

 

Contohnya, jika saiz rim yang standard pada kereta anda adalah 16x6.5J (diameter 16 inci dan lebar rim 6.5 inci - J merujuk kepada spesifikasi bentuk dalaman rim), mungkin saiz maksimum yang dibenarkan adalah 17x7.5J bergantung kepada desain komponen chassis dan tidak lebih besar dari itu.

 

Offset rim 

 

Seterusnya offset rim juga adalah dimensi yang tidak kurang pentingnya. Umum tidak menyedari kepentingan untuk menggunakan offset yang sama kerana ini akan menentukan posisi rim dari segi lebar gandar.

 

wheel-offset

 

Ramai menyangka lebih lebar dan lebih "kangkang", maka kenderaan akan menjadi lebih stabil. Namun jika offset rim ini terletak terlalu jauh dari posisi asal atau terlalu mengangkang, terdapat beberapa kesan negatif yang akan timbul kesan dari "scrub radius" atau jejari scrub yang bertambah pada roda hadapan.  

 

Scrub Radius

 

Scrub radius atau Jejari scrub adalah jarak antara titik tengah tapak temu tayar (contact patch centre) dan titik pertemuan paksi steering dan bumi (untuk topang McPherson, garis imaginasi antara pusat top mount dan ball joint pada lengan ayun).

 

scrub radius

 

Bila jejari scrub bertambah, roda lebih sukar diputar mengelilingi paksi steering yang akan menyebabkan beban pada gear steering bertambah, daya getaran pada roda steering bertambah, beban pada hab meningkat, kereta lebih senang "pulling" atau menarik ke tepi dan pelbagai lagi.  

 

Yang lebih bahaya ialah jika salah satu roda mengalami kebocoran, di mana kelegaan bumi roda yang bocor akan berkurangan dan jejari scrub akan bertambah besar lagi, yang akan memburukkan lagi efek "pulling" yang akan menyebabkan pemandu lebih cepat hilang kawalan steering sewaktu tayar tiba-tiba bocor.

 

rim-careta-3

 

Adakah ia mengganggu sistem elektronik seperti ABS atau ESC?

 

Untuk model-model kereta terkini juga dengan sistem ABS dan ESC, adalah penting dimensi rim dan tayar yang paling besar mematuhi julat yang dibenarkan agar sistem elektronik ini berfungsi dengan baik.

 

Ini kerana, sistem algoritma ABS dan ESC ditala berdasar dimensi asal kenderaan dengan julat yang ketat untuk memastikan sistem kawalan berfungsi secara tepat dan selamat. Kini ada juga rim yang menggunakan valve bersensor untuk sistem TPMS (Tyre pressure monitoring system). Jadi pastikan rim yang hendak digunakan boleh disesuaikan dengan sensor ini.

 

 

Kualiti rim

 

Tidak kurang penting juga adalah untuk menggunakan rim yang berkualiti dan masih dalam keadaan baik. Jauhi dari menggunakan rim yang lubang boltnya ditebuk berkali-kali kerana ia akan merendahkan ketahanan bahagian tengah rim.

 

12644757_976170262448977_3470400916052435486_n

 

Jangan gunakan rim yang telah bengkok dan dibaiki semula kerana kadar kekuatannya telah berubah. Cara membaiki rim juga antara punca rim itu boleh pecah kerana ada keretakan halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

 

 

Lain-lain lagi?

 

Gunakan bolt atau nut yang sesuai dengan muka dalam pada lubang bolt/nut dan ketatkan bolt secara teratur dengan menggunakan torque wrench. Jangan biarkan kedai tayar mengetatkan bolt dengan impact gun yang biasanya diset terlalu ketat-ini akan melemahkan ketahanan batang bolt/nut.

 

Juga pastikan tayar dipasang dengan kemas pada rim dan diimbang dengan baik. Pastikan pemberat yang digunakan tidak terlalu banyak (spesifikasi ini biasanya sukar didapati tetapi seharusnya tidak melebihi 50 peratus dari berat jumlah berat pemberat asal yang digunakan) yang biasanya memberi isyarat rim yang digunakan telah bengkok (atau tayar digunakan adalah berkualiti rendah).

 

 

Penulis asal: 

Syammim

  syammim