Nak tukar Mini jadi EV dan tak perlu isi minyak? Syarikat ini boleh buat

oleh Muhammad Md Tajudin|
SwindEClassic (fromSwindonPowertrain) charging
SwindEClassic (fromSwindonPowertrain) charging
Mengganti enjin atau menyalin badan model klasik Mini adalah perkara biasa. Sekarang ini ada projek yang luar biasa iaitu menggantikan enjin asal kepada kit elektrik atau Classic Mini Kit.

Kit itu ditawarkan oleh Swindon Powertrain, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1971 dan pakar dalam enjin berprestasi tinggi.

Swindon Powertrain bermula dengan menyelenggara enjin Formula 1 pada tahun 70an dan 80an dan hari ini membekalkan enjin untuk kereta lumba British Touring Car.

Kit elektrik yang ditawarkan mempunyai kuasa 80 kW (berterusan dan 120 kW puncak) dan boleh digunakan secara berasingan atau tambahan kepada komponen Swindon Powertrain EV sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Classic Mini Kit packaging (CAD)

 

Di antaranya ialah pek bateri berkuasa 12 kWhr, pengawal motor, pengecas dalaman (onboard) dan penukar DC-DC.

Kit ini dihasilkan sebagai respon kepada permintaan pelanggan yang meningkat untuk menggunakan nadi elektrik buat kenderaan klasik dan Mini khasnya.

Classic Mini Kit yang dihasilkan telah direka supaya tiada ubah suai perlu dibuat pada kenderaan manakala keseluruhan kit mempunyai berat lebih sedikt dari 70 kg. 

 

Classic Mini Kit

 

Di antara pakej di dalam Classic Mini Kit ialah seperti berikut:

  • Sistem HPD E Powertrain yang boleh dipasang pada sub kerangka depan Mini menggunakan pendakap (bracket) rekaan khas. 
  • Perumah sambungan CV bahagian dalam yang direka khas bagi membolehkan aci pacu (drive shaft) Mini standard digunakan.
  • Turut dilengkapi pembeza (differential) sebagai ciri standard dan pilihan pembeza gelincir terhad (LSD).

Selain komponen yang dinyatakan di atas, Swindon Powertrain juga membekalkan kit pengesan kelajuan dan pam sistem penyejukan.

Swindon Power

 

Menurut Pengarah Komersial Swindon Powertrain, Gerry Huges, sejak sistem HPD E dilancarkan pihak syarikat telah mendaftarkan lebih 500 permintaan dari individu yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya. Majoriti adalah pemilik Mini klasik yang mahu kereta mereka digerakkan dengan tenaga elektrik.

Berkenaan harga, Classic Mini Kit boleh dimiliki dari £8,850 (RM47,936) dengan penghantaran dijadual bermula pada Disember 2020.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Classic Mini Kit gearbox

 

Berita Berkenaan

Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…
Berita Global
Untuk tahun-tahun mendatang, MINI tiada sebarang perancangan untuk menawarkan pengganti kepada…
Berita Global
Untuk tahun ini pihak Consumer Reports baharu sahaja membentangkan hasil kajian mereka yang dapat…