Nak rakam aksi Nissan GT-R Nismo? Anda perlukan kereta kamera GT-R!

oleh Mohamad Hanif|
Nissan GT-R Nismo, tidak dapat dinafikan antara jentera berprestasi tinggi yang digeruni pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidak, dengan enjin yang telah ditala semula serta turbo yang serba baharu , nadi 3.8 liter V6 turbo berkembar tersebut kini mampu menghamburkan 600 kuasa kuda. 

Tidak cukup dengan itu, Nissan juga turut menala kembali sistem suspensi untuk lebih kestabilan di selekoh serta hadir dengan mod pemanduan 'R' untuk pemanduan yang lebih agresif. 

Satu masalah timbul, kereta apa yang perlu digunakan untuk penggambaran berkelajuan tinggi di dalam litar?

 


Jawapannya: sebuah lagi Nissan GT-R!

Mauro Calo, seorang pemandu professional dan pakar video automotif hadir dengan satu solusi yang cukup sempurna bagi merakamkan aksi pemanduan agresif Nissan GT-R Nismo. 

Dengan bantuan daripada Nissan, pasukan Mauro telah pun hadir dengan rekaan rig kamera yang terbina daripada struktur tubular gentian karbon yang dikimpal terus ke casis dan mampu menampung berat sistem kamera yang diperlukan.
 


Pada asalnya, beliau mahukan sebuah SUV berprestasi tinggi, namun menyedari kekurangan yang dihadapi seperti kelajuan dan kelincahan untuk membuat penggambaran kereta terpantas itu, Nissan GT-R telah dipilih sebagai kereta kamera. 

Apa yang ada pada Nissan GT-R sudah tentu titik graviti yang lebih rendah, sistem suspensi boleh laras, serta dibantu dengan prestasi enjin dan sistem pacuan semua roda yang sangat sesuai untuk 'dibelasah' di dalam litar.

Menurut Mauro, "tiada kereta lain yang mampu menandingi kebolehan dan keupayaan Nissan GT-R (sebagai sebuah kereta kamera)"
 


Malah, ketika Mauro duduk di tempat pemandu, tiga orang lain daripada pasukan penggambaran boleh masuk ke dalam kereta pada masa yang sama iaitu operator gimbal, pengawal fokus serta pengarah video bagi memastikan rakaman yang diperoleh cukup memuaskan hati semua pihak.

Saksikan aksi Nissan GT-R Nismo yang dirakam dari sebuah kereta kamera Nissan GT-R di litar Lausitzring, Brandenburg, Jerman. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan GT-R NISMO 2024   Terbaru Nissan memperkenalkan GT-R 2024 untuk pasaran Jepun bersama…
Berita Global
  Seperti biasa, GT-R digerakkan enjin VR38DETT 3.8 liter V6 turbo berkembar dan padanan…
Berita Global
Selain daripada pakej yang mantap, ia juga turut didorong dengan kehadiran enjin tiga silinder 1.6…