Nak PlayStation 5 percuma? Beli Ford Explorer Hybrid di Sepanyol

oleh Mohamad Hanif|
Di Malaysia, konsol permainan PlayStation 5 telah pun dilancarkan secara rasmi pada 11 Disember yang lalu, dan berdasarkan semakan di laman media sosial, beberapa pembeli terawal sudah pun mula menerima unit masing-masing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ramai juga yang merungut kerana unit terbaharu ini agak sukar untuk didapati di kedai-kedai fizikal, memandangkan Sony Malaysia sebelum ini telah mengesahkan tiada unit akan disediakan untuk pelanggan walk-in ketika pelancaran. 

Melihatkan kepada sukarnya untuk mendapatkan PS5 pada ketika ini, adalah lebih mudah untuk anda merancang perjalanan ke Sepanyol. 
 


Kerana apa? Pihak Ford di sana sedang membuat promosi penjualan Ford Explorer Hybrid di mana setiap pembelian akan disertakan dengan sebuah unit PlayStation 5 secara percuma!

Namun, Ford tidak diberitahu berapa unit yang bakal disediakan untuk para pembeli Ford Explorer Hybrid. 

Ford Explorer Hybrid merupakan sebuah crossover SUV saiz pertengahan yang didatangkan dengan nadi bentangan V6 3.3 liter yang dipadankan dengan motor elektrik menghasilkan 318 kuasa kuda dan 437 Nm. 

Sebagai rujukan, PlayStation 5 untuk pasaran Malaysia terdapat dalam dua versi, iaitu PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.